JPWPKL & Hisense Malaysia anjur DiMix@Karnival Digital, fokus dedah PdP hibrid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Hisense Malaysia akan menganjurkan program DiMix@Karnival Digital pada 23 Januari 2024 bermula jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat, Wong Kah Woh bertempat di SJKC Mun Yee, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Terokai Teknologi Pendidikan” , karnival ini bertujuan untuk membincangkan cabaran dan peluang dalam era pendidikan digital.
Dalam pada itu, tujuan karnival ini juga untuk memberi pendedahan teknologi terkini dan penyelesaian dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Fokus utama untuk penganjuran tersebut adalah pada PdP Hibrid.
PdP secara hibrid merupakan pendekatan pembelajaran yang meliputi kelas dalam talian dan juga kelas secara bersemuka.
Kaedah ini difahamkan menggunakan implikasi teknologi untuk menyampaikan pembelajaran termasuklah melibatkan interaksi secara langsung di antara guru dan murid-murid dalam sesi PdP.
Pendekatan ini pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran secara aktif dan penetapan masa lebih fleksibel.
Selain itu, peserta dari 188 buah sekolah dan 1500 orang murid akan dapat menyaksikan secara langsung PdP Hibrid mata pelajaran Bahasa Melayu antara sekolah bersama SK Taman Seri Rampai serta secara rakaman PdP hibrid bersama Sekolah Haixin, Qingdao China.
Melalui pelaksanaan Pendidikan hibrid yang boleh berlangsung tanpa sempadan, pendidikan juga boleh sentiasa berlaku serentak walaupun di negara lain.
Inisiatif program ini diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan dengan tujuan menghasilkan impak positif serta manfaat kepada guru dan murid khususnya di dalam membangunkan kompetensi guru dalam bidang ICT.
Salah satu acara utama dalam karnival ialah bual bicara yang akan membincangkan Pembelajaran Abad 21. Bual bicara ini turut mengetengahkan pengalaman dan pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk industri, pakar teknologi dan KPM.
Akhir sekali, karnival ini juga menyediakan ruang untuk pameran teknologi dari agensi luar dan sekolah yang menunjukkan inovasi dan kreativiti mereka dalam menggunakan teknologi untuk tujuan pendidikan. Antara pameran yang menarik perhatian ialah board games hasil daripada guru-guru SJKC Mun Yee dengan kerjasama pensyarah UPSI.
Hasilan murid pembelajaran berasaskan projek yang dapat menunjukkan potensi murid-murid dalam mata pelajaran yang dikuasai.
Pameran ini sekali gus memberi peluang kepada para peserta mencungkilkan potensi diri dan memanfaatkan Teknologi dalam membentuk masa depan pendidikan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source