Mengapa Yahudi Kata Uzair Anak Allah?
Kaum Yahudi beriman dengan Nabi Musa. Namun, akidah mereka berubah setelah kemusnahan kitab Taurat. Apa yang jadi?
Kisah ini boleh dijumpai dalam kitab Qasasul Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir. Boleh juga merujuk kitab Tafsir Ibnu Katsir berkenaan Surah al-Baqarah.
Nabi Uzair merupakan seorang rasul yang ditidurkan selama 100 tahun. Apabila baginda terjaga, kitab-kitab Taurat yang disimpan di Baitulmuqaddis telah habis dibakar oleh Raja Nebuchadnezzar II. Justeru, baginda adalah satu-satunya manusia yang menghafal kitab suci berkenaan.
Bani Israil menghampiri dan mengadu kepada Nabi Uzair, bahawa semua kitab Taurat sudah lenyap. Tiada siapa lagi yang mengetahui isi kandungan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa itu secara lengkap. Mereka meminta Nabi Uzair untuk menyelaikan masalah besar ini.
Walaupun Nabi Uzair memang menghafal kitab Taurat, namun baginda mencadangkan mereka untuk mencari sebuah kitab Taurat yang pernah ditanam oleh ayah baginda di sebuah tempat. Baginda pergi ke tempat berkenaan dan Bani Israil pun mula menggalinya.
Apabila kitab Taurat itu dijumpai, baginda mendapati halaman mukasuratnya telah rosak dan berderai. Tempoh 100 tahun adalah sangat lama sampai membuatkan kertas-kertasnya mereput.
Nabi Uzair terduduk memikirkan jalan untuk mengembalikan kitab Taurat.
Tiba-tiba, turun dua cahaya dari langit dan masuk menyerap ke dalam dada Nabi Uzair. Serta merta, baginda dapat mengingati dengan terperinci semua isi kandungan kitab Taurat dari awal hingga akhir. Tiada satu huruf pun yang tertinggal dari hafalannya.
Kejadian berkenaan membuatkan Bani Israil merasa takjub.
Lantas, kaum Yahudi itu mengatakan, “Uzair anak Allah!”
Mereka turut menyebut, “Musa tidak mampu mendatangkan Taurat kepada kami kecuali dengan kitab, sedangkan Uzair mampu mendatangkannya kepada kami tanpa kitab!”
Allah murka dan berfirman, “Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzair putra Allah,” dan orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih putra Allah.” Itulah ucapan yang keluar dari mulut mereka. Mereka meniru ucapan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah melaknat mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?”
Nabi Uzair tidak pernah mengaku yang baginda adalah anak Allah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Uzair dipanggil Ezra dalam tamadun Yahudi. Korang yang nak tahu sejarah bangsa Yahudi, boleh baca KITAB TAMADUN YAHUDI yang ada banyak fakta menarik! Klik: https://shp.ee/fih0eto
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source