Goji Berry atau disebut dengan Super Fruit adalah buah yang paling kaya dengan nutrisi, berasal dari Tibet, di dataran tinggi Gunung Himalaya, kaya akan vitamin, mineral, protein, dan antioksidan. Goji Berry mengandung zat besi lebih banyak daripada bayam, beta karoten lebih banyak daripada wortel, dan tingkat kandungan proteinnya pun lebih banyak daripada Gandum.
Amalkan 7 biji sehari beserta madu dan air zam zam InsyaAllah pulih tanpa apa-apa ubat or suntikan. Sebab khasiat dia untuk orang tua tua untuk ganti balik banyak zat dan vitamin yang hilang dari badan. Ayah iqa amalkan… Sebelum ni selalu kalau bawak kereta mesti pegang lutut, gosok -gosok lutut, sekarang da pulih dari sakit lutut. Baik untuk mata juga.. pada siapa-siapa yang rabun kuat tu bolehla try.. – Afiqah Koh
Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)
Menurut analisa yang dilakukan oleh “Beijing Nutrition Research Institute”, China:
“Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu ”
Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).
Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.
“Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: “Saya sedang memukul cucu saya!”.
Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab: ”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya”.
Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.”
Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:
· Ben Cao Hui Yan menyatakan: “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.
· Ben Cao Bei Yao menyatakan: “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.
· Ben Cao Gang Mu menyatakan: “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.
34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell
Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-
1 .Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5. Goji mengurangkan risiko kanser.
6. Goji mengurangkan kolestrol.
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13. Goji menguatkan jantung anda.
14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22. Goji meningkat limfosit.
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25. Goji merawat simptom-simptom menapause.
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27. Goji meningkatkan kesuburan.
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34. Goji membantu sistem penghadaman.
Sumber: petua.whatta.org
“Risaunya lagi 2 minggu nak masuk kerja, tapi susu badan rasa macam dah berkurang. Takut tak cukup stok, kesian dekat baby.”
Puan Nurrul SyaBell sudi berkongsikan tips menambah susu badan dengan jayanya, beliau mencadangkan resepi milkbooster semulajadi yang diamalkan olehnya sendiri. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha ini, Puan Nurrul berjaya menyusu badan sepenuhnya untuk 2 orang anak kembar lelakinya.
Berikut adalah bahan dan cara membuat natural milkbooster.
RESIPI NATURAL MILKBOOSTER UNTUK TAMBAH SUSU BADAN, SEDAP & SEMULAJADI!
Bahan-bahan:
- Kurma merah
- Longan kering
- Gojiberry
- Sedikit gula perang (brown sugar)
- Daun pandan.
Cara-cara:
- Caranya mudah. Rebuskan kurma merah, longan kering dan goji berry dalam satu periuk. Sukatan air boleh agak-agak.
- Untuk sedikit rasa manis, boleh tambahkan gula perang dan daun pandan untuk keharuman. Memang sedap sangat!
NOTA TAMBAHAN
*Bahan-bahan ini boleh dicari di kedai ubat Cina / sensei. Kadang-kadang, di pasaraya biasa pun ada.
*Minuman ini boleh diminum suam atau sejuk, ikut citarasa sendiri.
*Stok air rebusan ini boleh disimpan dalam tempoh seminggu.
*Mungkin ada yang tanya; Buah kundur sebagai natural sugar / pemanis semulajadi. Kurma merah, longan kering, barli, dan goji berry pula adalah bahan milkbooster yang sangat berkesan.
MUDAH, SIHAT DAN LAZAT!
Selamat mencuba!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source