Mengapa Yahudi Menunggukan Nabi? – The Patriots
Selama 5 abad, Bani Israil menunggu kemunculan seorang nabi akhir zaman. Pernahkah korang terfikir, mengapa mereka sanggup menunggu begitu lama? Ada sebabnya.
Kisah-kisah yang bakal disebutkan ada terkandung dalam kitab Tafsir al-Quran al-‘Azim dan Qasasul Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir.
Sebenarnya, sepanjang sejarah ketamadunan Yahudi, ramai nabi yang diutuskan dari kalangan mereka. Allah Taala telah mengutuskan nabi dan rasul bagi mengembalikan mereka ke jalan hidayah. Kalau mereka susah atau tersesat, akan ada nabi-nabi yang membantu mereka.
Misalnya, Allah telah mengangkat Nabi Yusuf menjadi menteri kerajaan Mesir.
Ketika bumi Kanaan dilanda kemarau, Nabi Ya’qub yang digelar Israil dapat berhijrah bersama anak-anaknya ke bumi Mesir yang mempunyai bekalan makanan yang banyak. Bani Israil berkembang biak di Mesir dan tidak kebuluran kerana bantuan Nabi Yusuf.
Selepas Firaun yang zalim menaiki takhta dan menindas Bani Israil, maka Allah Taala telah mengutuskan Nabi Musa untuk menyelamatkan mereka.
Exodus melintasi laut merah yang terkenal itu sentiasa dikenang mereka dalam Perayaan Paskah. Kaum Yahudi itu turut diturunkan wahyu berupa kitab suci Taurat.
Selepas Nabi Musa sudah tua dan mereka semakin menghampiri Baitulmuqaddis, Allah Taala telah menjadikan Nabi Yusha’ untuk memimpin peperangan dengan bangsa Amaliqah.
Bahkan, Allah Taala memakbulkan doa Nabi Musa agar matahari ditahan daripada terbenam. Mereka tidak akan menang dan memasuki Baitulmuqaddis kecuali dengan bantuan nabi-nabi.
Selepas mereka lalai dan kerajaan Baitulmuqaddis diserang musuh, Allah Taala menyelamatkan mereka dengan mengutuskan Nabi Daud.
Baginda yang masih belia itu melastik batu yang tepat mengenai kepala Raja Jalut. Sekali lagi, kemenangan berpihak kepada Bani Israil berkat seorang nabi. Kerajaan mereka bertambah kukuh selepas Nabi Daud menjadi raja, dan lahirnya Nabi Sulaiman yang menjadi pengganti baginda.
Walaupun mereka lalai setelah itu, Allah Taala mengutus pula Nabi Armiya bagi mengingatkan bahaya yang sedang menerpa.
Akan tetapi, sikap kaum Yahudi yang degil dan ingkar memang susah diubah. Raja Nebuchadnezzar II menjadi mimpi ngeri mereka. Tentera-tentera Kerajaan babylon menjarah dan membakar Baitulmuqaddis sampai menjadi padang jarak padang tekukur. Mereke pun terusir ke bumi Babylon.
Selepas 100 tahun, Allah Taala mengembalikan Nabi Uzair kepada mereka.
Baginda menuliskan semula kitab Taurat daripada hafalan, yang sebelum ini sudah hilang akibat penjajahan Nebuchadnezzar II. Apa balasan mereka? Bukannya bersyukur, malahan mendakwa “Uzair anak Tuhan!”
Oleh itu, selepas Bani Israil dihalau dari Baitulmuqaddis dan terbuang tanpa negara, mereka sentiasa menunggu-nunggu sang penyelamat yang bakal membebaskan mereka daripada nasib malang. Di kota Yathrib yang kelak dipanggil Madinah, bangsa Yahudi sering berperang dengan bangsa Arab. Apabila mereka kalah perang, mereka akan mengatakan, “Bila nabi yang kami tunggu itu muncul, kami akan mengalahkanmu!”
Bagaimanapun, itu tinggal kata-kata kosong. Nabi yang mereka tunggu itu muncul bukan dari bangsa Yahudi, tetapi dari bangsa Arab Quraisy. Ratusan tahun penantian dirasakan sia-sia. Justeru, kaum Yahudi seperti Bani Nadir, Bani Qainuqa dan Bani Quraizah langsung mengkhianati Nabi Muhammad (SAW).
Itulah yang dikecam oleh Allah Taala dalam Surah al Baqarah ayat ke-84 dan ke-89.
“Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Qur’an), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Qur’an), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Rumi ada menceritakan kedegilan Yahudi dalam Mathnawi. Korang yang nak mengenal sufi cinta ini, bacalah RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA. Memang best! Klik: https://shp.ee/s7f6m78
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source