Noh Salleh mohon maaf kepada Athira, tak tahu perjanjian dilarang kongsi wajah Musa
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mohon maaf kepada Athira iaitu ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa kerana memuat naik gambar kanak-kanak berkenaan di media sosial.
Hal tersebut susulan kenyataan Athira kepada media yang meminta agar penyanyi itu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam selepas mendakwa Noh telah melanggar perjanjian dengan berkongsi wajah Musa di media sosial.
Ikuti permintaan ibu kandung Musa
Dia juga menyatakan yang Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, telah memanipulasinya menerusi satu kenyataan sewaktu ditemubual oleh wartawan.
Noh Salleh mohon maaf kepada Athira, tak tahu sebarang perjanjian dengan bekas isteri
Dalam video permohonan maaf yang dibuat oleh selebriti itu, dia menyatakan yang dirinya sama sekali tidak tahu sebarang perjanjian yang dibuat oleh bekas isteri, Mizz Nina dan ibu kandung kepada Musa berkaitan larangan mendedahkan wajah Musa kepada umum.
Dia juga memaklumkan ketika ini kanak-kanak terbabit tidak berada di bawah jagaannya dan bersama dengan bekas isteri.
“Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana2 platform.
Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini,” jelasnya.
Noh Salleh mohon maaf kepada Athira, nafi memanipulasi ibu kandung
Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang dirinya memanipulasi ibu kandung Musa seperti dinyatakan tempoh hari kerana penjagaan kanak-kanak terbabit telah dipersetujui bersama.
Namun, penyanyi lagu Angin Kencang itu menyedari bahawa dia manusia biasa yang banyak khilaf dan melakukan kesilapan kerana mempunyai perasaan sama seperti ibu bapa yang lain dimana mahu berkongsi gambar anak tersayang.
Artikel lain: Mizz Nina hadir ke rumah, saya terpaksa serahkan Musa – Noh Salleh
Mohon maaf secara terbuka kepada Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi
Jadi, Noh Salleh mohon maaf kepada ibu kandung Musa dan akan memadam gambar-gambar yang telah dikongsikan di media sosial bagi menghormati permintaan wanita tersebut.
Jelasnya, dia masih dengan pendirian bahawa kesihatan mental dan fizikal Musa adalah lebih penting. Oleh itu, dia berpendapat lebih elok jika urusan berkaitan penjagaan anak dibincangkan secara baik di Mahkamah Syariah pada 6 Februari nanti seperti yang sudah diperintahkan.
“Saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi dan akan memadam gambar2 yang mengandungi muka Musa di laman sosial saya,” ujarnya.
Untuk rekod, Noh Salleh yang ketika itu masih lagi suami kepada selebriti, Mizz Nina telah mengambil seorang anak angkat dikenali sebagai Musa sekitar Mac tahun 2022.
Namun, rumah tangga mereka berakhir pada Ogos tahun yang sama sebelum masing-masing mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Sumber: Instagram mohammadnohbinsalleh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source