“Anak Tengok Saya Bersusah Payah, Dia Ikut” Ajak Shiro Sanggup Ambil SPM Lagi, Beri Semangat Pada Anak!
Baru-baru ini ramai ibu ayah berkongsi gambar anak-anak di media sosial saat menggayakan pakaian tema merdeka bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Rata-rata anak-anak ini begitu cantik dan bergaya.
Pun begitu dalam banyak-banyak perkongsian di media sosial, viral kisah seorang anak ini yang begitu baik hatinya. Sanggup menanggalkan jaket bajunya dek kerana kawan-kawan yang lain ingin merasa memakai baju dipakai olehnya.
Menurut perkongsian daripada ibunya iaitu Puan Siti Salwa Walat apabila dihubungi PA&MA, anaknya mendapat perhatian ramai setibanya di sekolah pada hari tersebut. Ini sekali gus menyebabkan perasaan teruja di kalangan kawan-kawan anaknya untuk mencuba menyarungkan pakaian tersebut yang dikatakan nampak begitu segak jika digayakan.
“Tau sampai je di sekolah dia telah jadi perhatian semua kawan sekelas dia asbab baju dia. Kawan sekelas minta dia tanggalkan jaket baju untuk merasa pakai baju cantik.
“Anak saya tanpa bantah buka baju dia beri habis pada kawan-kawan nak merasa pakai baju cantik, habis memasing cuba dari tengkolok sampai ke samping, nasib pakaikan t-shirt dalam, kalau tak mau bogel budak tu.
“Semua kawan-kawan dia happy dapat pakai. Paling saya terharu tiba saat dia nak naik pentas kawan-kawan dia siapkan dia semula kemas balik tanpa perasaan dengki atau ejek.. selepas pertandingan kawan-kawan dia minta lagi nak merasa pakai sampai waktu balik, dia biarkan je.. nak balik baru ambik balik,”ujar ibu anak tiga ini berkongsi cerita dengan mesra.
“Sebenarnya sifat tu dipelajari dari ayah..”-Siti Salwa
Apabila diajukan soalan berkaitan cara didikan hingga menjadikan anak begitu baik orangnya. Tidak lokek untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Ini jawabnya.
“Sebenarnya sifat tu dipelajari dari ayah mereka bukan saya, saya bukanlah ibu yang sempurna, saya simple orangnya tapi itulah hakikatnya, sikap setia kawan berkorban demi kawan tu hasil dari tauladan ayah mereka terhadap kawan-kawna, habis semua anak-anak terikut dari sulung sampai bongsu.
“Kadang saya geram juga dulu tapiu bila dah lama hidup dalam suasana tu saya sudah redha itulah sisi baik mereka cuma saya nasihat berpada-pada takut ada ambik kesempatan. Bukan isu baju merdeka je tu, lain-lain pun sama. Anak-anak semua jenis mudah kesian.
“Kisah baju merdeka adalah secebis kisah harian hidup saya dan anak-anak. Banyak lagi seperti duit dan makanan sanggup dulukan orang lain dari diri sendiri dan sebagainya” cerita Siti Salwa panjang lebar yang turut pjj dengan suaminya dan ini menyebabkan dia dan anak-anak akrab seumpama kawan.
“Sejujurnya setiap tahun saya sediakan baju merdeka anak-anak dan sambutan majlis lain, memang setiap kali ada sambutan apa sahaja perayaan atau majlis di sekolah saya jahitkan pakaian baru. Tidak tertumpu merdeka sahaja.
“Setiap tahun memang saya buat berlainan dan perkongsian di fb tu niat asalnya nak pujuk ibu bapa yang masih belum mampu sediakan buat anak-anak dan juga jadikan inspirasi kepada anak-anak yang gagal mendapat tempat dalam pertandingan untuk cuba dimasa yang lain.
“Bahkan sebenarnya anak saya masuk pertandingan nyanyian patriotik dan bukannya pertandingan busana,” tambahnya lagi sambil berkongsi beberapa keping gambar anaknya mengenakan pakaian yang dijahit olehnya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source