Pakar Awal Pendidikan Kanak-Kanak Kongsi ‘Rahsia’ Bina Keyakinan Diri Anak
Aktiviti mudah bagi membina keyakinan diri anak amat membantu memupuk sikap berdikari dan yakin diri. Ibu bapa tidak perlu merasa bimbang apabila anak melakukan kesalahan.
Kegagalan atau kesilapan yang dilakukan adalah satu proses pembelajaran yang dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak-anak semasa cuba menyelesaikan masalah.
Pakar Awal Pendidikan Kanak-Kanak Kongsi Rahsia Bina Keyakinan Diri Anak
Pakar Awal Pendidikan Kanak-Kanak, Prof Dr. Bustam Kamri berkongsi lapan aktiviti mudah untuk membina keyakinan diri anak.
Jom ikuti LAPAN panduan ini:
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Semasa kanak-kanak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak mereka bergerak ke tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah kanak-kanak boleh menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk menyelesaikan ke tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa beri penghargaan kepadanya jika berjaya melakukan tugasan dengan baik.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Kanak-kanak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri, untuk berangan-angan dan membina sempadan.
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan kanak-kanak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak . Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Setelah anak menyelesaikan tugasan, boleh meletakkan kertas pelekat di bahagian namanya di carta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengan kanak-kanak.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti apabila disuruh. Masalah anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Kamu hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil mereka perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua dapat memahami arahan dengan cepat.
7. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan di tempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Anda boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan.
8. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu di samping menggalakkan kanak-kanak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source