Boudica, Ratu Perang Britain – The Patriots
Dahulu, Britain pernah dijajah kuasa asing. Ketika itulah seorang srikandi iaitu Boudica berani bangkit melawan Empayar Rom! Benarlah, tangan yang menghayun buaian, boleh juga menggegar dunia.
Boudica adalah permaisuri kepada Raja Prasutagus dari puak Iceni yang memerintah selatan Britain. Semasa Empayar Rom menawan negeri mereka, Prasutagus berharap dapat mengelakkan kerajaannya daripada dirampas. Oleh itu, dia menjanjikan selepas dia mati, puteri-puterinya akan berkongsi harta dan kerajaan dengan Kaisar Nero.
Akan tetapi, telahannya tersasar.
Raja Prasutagus mangkat tidak lama kemudian.
Gabenor Rom, Suetonius Paulinu lantas merampas harta dan kerajaan Raja Prasutagus tanpa banyak bicara. Ratu Boudica yang baru menjadi balu pula dibelasah dengan kayu. Lagi menyedihkan, puteri-puteri Prasutagus dirogol oleh hamba sahaya Rom.
Kaum kerabat Iceni yang lain juga dilayan macam sampah. Apa lagi, Boudica bersama puak Iceni, Trinobantes dan lain-lain melancarkan pemberontakan. Serangan awal mereka berjaya menakluk semula penempatan Rom di Colchester. Satu persatu jajahan Rom tumbang. London dan St. Albans kembali ke tangan pejuang kemerdekaan Britain.
Dah menang ke?
Belum lagi. Suetonius Paulinus menyusun taktikal baru. Dia mengumpulkan 10,000 tentera Rom dan auxiliaries yang lengkap bersenjata. Boudica masih tak menjangkakan makar Empayar Rom yang bakal menjeratnya.
Apa jadi pada Boudica?
Pada 61 Masihi, Boudica menyerang Mancetter. Dia mengapi-apikan semangat pasukannya, “Menangilah pertempuran, atau biar saja terkorban. Aku, seorang perempuan pun tidak sanggup hidup dalam penghambaan. Aku tak tahu kalau itu yang engkau inginkan?!”
Semua pejuang Britain bersorak dan menyerbu ke barisan tentera Rom. Secara langsung, tembakan auxiliaries menembak ke dada mereka. Rom menghujani mereka dengan balingan lembing yang menggagalkan setiap gempuran.
Rom semakin asyik bermandi darah. Tentera berkuda Rom dilepaskan dan menebas setiap kepala puak Inca dan sekutunya. Tacitus merekodkan kira-kira 80,000 orang Britain yang terbunuh, termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Sedangkan, pihak Rom hanya kehilangan 400 nyawa.
Tidak seperti movie, ikutkan riwayat sejarah Boudica dapat ditangkap. Namun, dia memilih untuk meminum racun kerana tidak sanggup menjadi hamba Rom. Kekalahan pertempuran menamatkan pemberontakan puak Inca di bumi Britain. Dari segi masa panjang, Boudica telah menang kerana patung gangsanya kini berdiri megah di hadapan Houses of Parliament, London yang pernah menjadi penempatan Rom!
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Sejarah Britain memang mendebarkan untuk dibaca! Korang boleh mengenali negara-negara eropah dalam buku terbaru kami, KITAB TAMADUN EROPAH. Klik: https://shp.ee/8fy8vvu
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source