Pelancong disaman polis, diberi pilihan
Tular sebuah video memaparkan sepasang pelancong dari United Kingdom berkongsi video sepanjang perjalanan mereka bercuti di Malaysia sebelum disaman polis trafik kerana pandu lebih had laju.
Pelancong pandu lebih had laju
Menerusi video dimuat naik di laman YouTube TREAD the globe, pasangan itu dilihat memandu dari arah Cameron Highland menuju ke sebuah lokasi di Perak, bagaimanapun mereka ditahan dan disapa oleh anggota trafik.
Menurut anggota trafik berkenaan, pelancong wanita itu memandu sebuah van lebih had laju yang telah ditetapkan di kawasan tersebut.
“Kamu telah memandu 70.5 kilometer (km) per jam. Had kelajuan ditetapkan cuma 60km per jam sahaja. Kemudian kamu pandu dengan kelajuan 80km per jam,”ujar anggota trafik berkenaan.
Pelancong wanita berkenaan kemudiannya bertanya kepada anggota trafik berkenaan mengenai papan tanda berkelajuan 80km/jam kerana dia tidak sedar sudah memandu melebih had ditetapkan.
“Oh tidak, di mana papan tanda had laju berkenaan? Di sini kah? Sebab saya nampak papan tanda had laju 60km per jam, tetapi ia..”ujarnya sebelum anggota polis berkenaan memaklumkan pelancong berkenaan melalui kawasan tersebut kira-kira lapan minit yang lalu.
Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai hal tersebut, pemandu wanita itu meminta maaf kepada anggota polis berkenaan dan bertanya mengenai tindakan yang perlu dilakukan kerana telah memandu melebihi had laju.
Pelancong disaman polis kerana had laju
Anggota polis trafik berkenaan memaklumkan dia perlu mengeluarkan saman kepada mereka kerana telah memandu lebih had laju di kawasan tersebut.
Jelas polis tersebut, mereka boleh membuat pembayaran saman sebanyak RM300 di balai polis atau R100 secara serta-merta kepadanya di situ.
“Saya mengeluarkan saman kepada kamu dan kamu perlu membayar di balai polis. Boleh ke? Atau kamu bayar di sini.
“Bayar saman sebanyak RM300 di balai polis atau bayar RM100 di sini kepada saya. Okey ke?”soal anggota trafik terbabit.
Artikel lain: Bercuti di Thailand, wanita Malaysia kena ‘roadblock’! Dakwa diminta RM2,600
Disebabkan perbezaan jumlah bayaran yang besar itu, pasangan berkenaan membuat keputusan membayar sebanyak RM100 kepada anggota tersebut pada waktu sama di lokasinya ditahan.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian itu masih belum dapat dipastikan lagi. Namun, video tersebut baru sahaja dimuat naik beberapa jam yang lalu, hari ini.
Tak tahu pula ada pilihan nak bayar saman!
Video tersebut telah dimuat naik semula dan dikongsikan di aplikasi X sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet terhadap tindakan anggota berkenaan.
“Baru kena saman dengan polis sebab had kelajuan. Ada pilihan nak bayar di balai polis RM300 atau bayar RM100 kepada polis tersebut serta-merta.
“Tak tahu pula kita (pengguna) ada pilihan ini,”luah pengguna X dikenali DoktorRezz.
There’s a UK couple doing a van tour around the world. They’re in Malaysia now.
Baru kena saman dengan polis sebab speeding. Ada option nak bayar kat balai polis rm300 atau bayar RM100 kat polis on the spot.
Taktau plak kita ada option ni.
Source: https://t.co/lP19WjYs1j pic.twitter.com/lKU6NUM5XV
— DoktorRezz 🇲🇾 (@doktorrezz) January 28, 2024
Warganet juga memberikan reaksi pelik dan ada juga yang mendakwa bahawa anggota tersebut melakukan jenayah rasuah.
Mereka juga berharap agar anggota berkenaan dikenakan tindakan kerana bertindak sedemikian.
Sehingga kini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dakwaan itu.
Sumber: X doktorrezz, YouTube TREAD the globe
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source