Rahib Nasrani Berjumpa Rasulullah Kali Pertama
Pada suatu hari, kafilah Abu Talib membawa Muhammad SAW yang masih kecil ke Syam. Mereka singgah ke sebuah tempat bernama Busra. Di tempat itu, ada sebuah biara Nasrani yang menyimpan banyak khazanah purba. Terdapat juga skrol yang menyebutkan kedatangan seorang nabi akhir zaman.
Kedatangan kafilah Abu Tolib disedari oleh seorang rabib biara, Bahira. Dia kagum bila melihat tompokan awan putih yang sentiasa menaungi kepala mereka dan pepohonan yang merendahkan dahannya semasa mereka berteduh. Bahira teringatkan janji Nabi Isa dahulu tentang kemunculan seorang nabi akhir zaman.
“Hai orang Quraisy, datang ke mari! Aku telah menyediakan makanan untuk kalian. Dan aku ingin kalian semua datang, yang muda dan yang tua, hamba sahaya dan yang merdeka,” ajak Bahira ke biaranya.
Mereka semua datang ke tempat Bahira. Tetapi, Muhammad SAW tidak menyertai kerana sibuk menjaga unta-unta dan barang dagangan. Setelah mereka berkumpul di biara itu, Bahira pun menyedari dan mengatakan, “Hai orang Quraisy, bukankah tadi aku katakan jangan ada seorang pun yang tertinggal.”
“Tiada siapa yang tertinggal, kecuali seorang budak lelaki,” jawab mereka.
“Jangan layan dia begitu. Ajak dia ke sini bagi menyertai kita dalam jamuan ini,” pinta Bahira.
Muhammad SAW pun dibawa menemui Bahira.
“Hai anak muda, demi Latta dan Uzza, aku ingin bertanya kepadamu dan aku harap engkau akan menjawabnya.”
Muhammad SAW menjawab, “Jangan bertanya apa pun kepadaku jika engkau menyebut nama Latta dan Uzza. Demi Allah, aku tidak pernah membenci sesuatu pun yang melebihi kebencianku kepada kedua-duanya.”
Lalu, Bahira pun mengatakan, “Dengan nama Allah, bolehkah engkau berkata benar?” Bahira lalu bertanya tentang, “Apa yang paling engkau suka? Apa yang engkau suka tengok? Apa yang engkau selalu fikir semasa tidur? Apa yang ada dalam fikiran engkau?”
Muhammad SAW pun menjawab bahawa baginda tidak pernah bercakap bohong. Baginda juga paling suka menyendiri dan melihat bintang-gemintang di langit. Selain itu, baginda turut mengatakan, “Apa yang aku nampak dalam mimpi adalah apa yang aku nampak ketika berjaga.”
Bahira meminta izin untuk melihat belakang badan Muhammad SAW. Baginda pun mengizinkan. Setelah menyelak baju baginda, Bahira terkejut dengan tanda kenabian yang dilihatnya. Khatam Nubuwwah itu berbentuk benjolan daging yang lembut di belakang badan baginda.
Bahira bertanya kepada Abu Talib, “Apa hubungan anak ini dengan engkau?”
“Dia anakku,” kata Abu Talib.
“Dia bukan anakmu, tidak mungkin bapa budak ini masih hidup.”
“Dia adalah anak saudaraku,” Abu Talib berterus-terang.
“Jadi, bagaimana dengan bapanya?”
Dia telah meninggal dunia ketika budak itu masih dalam kandungan ibunya,” jawab Abu Talib.
“Itu yang benar. Sekarang, bawalah anak saudaramu ini pulang ke negerinya. Dan lindungi dia daripada kaum Yahudi. Kerana demi Tuhan, jika mereka melihatnya dan mengenalku seperti aku mengenalinya, mereka akan berniat jahat ke atasnya. Keagungan menanti anak saudaramu ini!” pesan Bahira.
Abu Talib pun menitipkan Muhammad SAW kepada seorang anggota kafilah untuk dibawa pulang ke bumi Mekah. Dia juga merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan kaum Yahudi. Pada masa ini, kaum Yahudi juga menunggu-tunggu kedatangan nabi akhir zaman. Namun, bangsa Yahudi sering membunuh nabi-nabi dari kalangan Bani Israil sendiri. Apatah lagi, Nabi Muhammad SAW ini lahir dari keturunan Arab Quraisy, bukannya keturunan Yahudi.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak mengetahui sirah junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dengan lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source