“Bini aku mengandung 7 bulan, teruk cirit birit sakit perut”
Peniaga yang premisnya terletak di Bandar Mahkota Cheras didakwa sanggup jual makanan basi sehingga mengakibatkan ibu hamil mengalami cirit-birit yang teruk.
Tular di platform X apabila seorang pengguna dikenali Amirul Kalif meluahkan rasa tidak puas hati kerana peniaga di sebuah vendor sanggup jual makanan basi menerusi platform penghantaran makanan, Grabfood.
Peniaga sanggup jual makanan basi
Menerusi perkongsian ciapan tersebut, Amirul berkata, dia tidak kisah seandainya mana-mana peniaga menjual makanan tidak sedap.
Namun, tidak bagi mereka yang menjual makanan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada orang ramai semata-mata mengejar keuntungan.
“Aku boleh bertoleransi kalau makanan tak sedap, tapi bukan sampai basi dan bahayakan kesihatan.
“Bini (isteri) aku mengandung tujuh bulan, mengalami cirit-birit yang teruk disebabkan termakan makanan basi dari kedai ini,”luahnya.
Artikel lain: “Ibu sakit, ayah dah meninggal…”- Budak lelaki & adik cari rezeki, gigih jual sate ikan
Dah buat aduan, tapi tetap sama…
Dalam hantaran yang sama, Amirul memaklumkan dia telah membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak plaftform penghantar makanan itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan atau siasatan dilakukan kerana pihak penghantar makanan tersebut tidak boleh membuat sebarang justifikasi melalui hantaran gambar aduan.
“Kami sudah memfailkan aduan tapi tidak endah untuk menjalankan siasatan.
“Mereka (Grab) kata tak boleh ‘justify’ dan tak nak refund sebab ‘tak boleh justify melalui gambar’. Habis kau nak kami post makanan dekat HQ untuk staff bau ke?”soalnya.
Amirul juga meluahkan rasa kasihan dan tidak sanggup melihat isterinya yang sarat hamil terpaksa menanggung kesakitan disebabkan makanan tersebut.
Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar isterinya kembali pulih seperti sedia kala.
Ramai cakap benda yang sama!
Susulan itu, dia bertindak berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan maklum balas negatif sama seperti nasib menimpa dirinya dan isteri.
Dia juga berharap agar perkongsian tangkap layar mengenai maklum balas negatif itu dapat membuka mata pihak yang masih membenarkan vendor berkenaan menjalankan akvititi perniagaan di platform tersebut.
Takkan nak tunggu ada kes meninggal dunia?
Dia juga berharap agar banyak pihak peka dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis terutamanya agar tidak membuatkan keadaan bertambah rumit.
“Banyak sangat dah sumbat orang makanan basi, panaskan semula dan lama.
“Takkan nak kena ada kes keracunan makanan dan meninggal dunia baru nak jalan (lakukan siasatan,”tegasnya.
Nah ni pulak dari apps @foodpanda_my , kedai yang sama. Korang tolong lah check balik vendor kedai nama Nasi Lemak Hani ni. Lokasi Bandar Mahkota Cheras. Banyak sangat dah sumbat orang makanan basi, preheat & lama. Takkan nak kena ada kes food poisoning & meninggal baru nak jalan pic.twitter.com/KEPzzljfkO
— Amirul Kalif Syde (@KalifPoi23) January 29, 2024
Sumber: X KalifPoi23
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source