Alasan mengidam, wanita geram ibu hamil rebut tempat duduk di restoran
Seorang wanita geram ibu hamil rebut tempat duduk yang sudah ditempati dia dan anaknya di restoran dengan alasan mengidam.
Dah duduk tunggu makanan sampai
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Huzaifah Zolkepli, dia menceritakan momen menjengkelkan itu apabila suami kepada ibu hamil berkenaan memintanya dan anak beredar dari meja tersebut dengan alasan isterinya mengidam duduk di situ.
@huzaifahzolkepli1 Ibu mengandung!
Wanita geram ibu hamil rebut tempat duduk, suami berlagak minta pindah tempat
Huzaifah dan anaknya yang sedang menunggu makanan dipesan meminta pasangan itu duduk di meja lain memandangkan banyak lagi tempat kosong di restoran tersebut.
“Isteri dia mengandung, mengidam sangat-sangat nak duduk sini. Aku cakap lah tempat lain banyak kan, sebab masa tu aku dah letak baby chair untuk anak aku. Aku tanya memang kena duduk sini ke? Dia cakap isteri dia memang selalu duduk dekat sini kalau datang makan,” ujarnya.
Wanita geram ibu hamil rebut tempat duduk, buat muka tak malu lagi
Namun, dengan cara yang cukup berlagak dan reaksi ibu hamil yang langsung tidak malu terus duduk di meja berkenaan, Huzaifah akui sakit hati kerana pasangan terbabit sangat tidak berbudi bahasa lebih-lebih lagi dia belum pun berganjak dari tempat tersebut.
“Bini dia terus datang, duduk dekat meja tu tanpa cakap apa-apa. Suami dia sangat berlagak ya, dia cakap ‘Kak bini saya mengandung kot kak, tolonglah bagi dia duduk sini. Akak pergilah duduk tempat lain, banyak lagi tempat kan,” katanya.
@huzaifahzolkepli1 Replying to @Mommy Aireen 🇵🇸
Artikel lain: Seminggu mengidam bau tayar, tauke bengkel bagi wanita hamil hidu sampai puas
Wanita geram ibu hamil rebut tempat duduk, terus bangun cancel pesanan
Berang dengan sikap kedua-dua individu itu, wanita berkenaan dan anaknya mengambil keputusan membatalkan pesanan serta terus beredar dari restoran.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram mendengar cerita dari Huzaifah dan merasakan pasangan suami isteri itu cukup mengada-ngada melayan kehamilan.
Warganet wanita juga ada yang berkongsi momen sewaktu mereka mengidam ketika hamil, namun menasihati agar tidak terlalu melayannya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesuatu perkara yang tidak masuk akal.
Tu bukan mengidam, tu mengada
Kalau mengidam pelik2 lebih elok diamkan
Cara dia macam mengidam penampar
Sumber: TikTok Huzaifah Zolkepli
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source