Ramai teruja lihat PMX betulkan pingat dipakai Agong
Aksi spontan yang berjaya dirakam sewaktu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) betulkan pingat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah menarik perhatian ramai.
Tular di media sosial
Momen tersebut terakam sewaktu baginda menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pagi tadi dan tular di media sosial susulan istiadat berkenaan dipancarkan secara langsung di kaca televisyen serta media digital.
Steady PM-X.
Dirgahayu Tuanku! pic.twitter.com/mfeHXjV1h2
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) January 31, 2024
Artikel lain: “Ia pemberian Sultan Johor..”- Anwar Ibrahim nafi ‘upgrade’ kasut mewah
PMX betulkan pingat dipakai Agong selepas bersalaman
Dapat dilihat yang Datuk Seri Anwar telah menghampiri Sultan Ibrahim bagi menyambut ketibaan baginda sebelum bersalaman. Beliau yang seakan perasan pingat dikenakan baginda tidak berada di kedudukannya telah membantu membetulkan agar terlihat sempurna.
Gambar tersebut turut dikongsikan beliau di laman media sosial rasmi bersama gambar-gambar sewaktu istiadat cukup bermakna terbabit berlangsung.
PMX betulkan pingat dipakai Agong, ramai teruja lihat
Menerusi salah satu akaun pengguna X yang memuat naik video momen sewaktu PMX membetulkan pingat baginda Agong, pelbagai komen diperoleh daripada warganet yang teruja melihat hal berkenaan.
Ada di antara mereka berseloroh dengan mereka-reka dialog yang mungkin diucapkan PMX sewaktu memberitahu tentang pingat yang dikenakan oleh baginda Agong sebelum membetulkannya.
Daulat Tuanku! Steady PMX
Agak2 apa dialog time tu?
Pada 31 Januari 2024, satu lagi sejarah negara tercipta apabila Malaysia menerima Ketua Utama Negara baharu selepas perisytiharan Sultan Johor Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.
Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.
Sumber: X Rashid Yusoff, Facebook Anwar Ibrahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source