Min cukup tertarik dengan resipi Kek Hummingbird dari Nor Azlita Abdul Aziz dalam blognya Azlita Masam Manis , lebih dikenali sebagai Ita . Resipinya sudah diubahsuai mengikut citasa keluarga dan dikurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan rasa manis.
Menurut catatan Azlita atau lebih dikenali sebagai Ita, kek ini cukup popular di Amerika Syarikat dan cukup diminati di sana. tapi sebenarnya ia berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an.
Menariknya sejarah kek ini nama asalnya adalah Doctor Bird Cake, ia kemudiannya dinamakan Hummingbird bertepatan dengan pemakanannya yang menghisap madu. Jadi kek ini rasanya manis dengan ramuan daripada buah-buahan dan kekacang menjadikan ia sangat enak untuk dinikmati.
Menurut Ita lagi untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesin pemutar @ mixer. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata. Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada kek karot.
Dalam resipi ini Itaa tak menggunakan karot atau lobak merah , sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.
Resipi asal boleh sahaja diambil dari Joy of Baking, tetapi resipi Ita ini sesuai bagi mereka yang mahukan kek yang sederhana manis bak kata Ita sedang-sedang aje.
HUMMINGBIRD CAKE
BAHAN-BAHAN :
- 100 gm kacang pecan | Ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
- 390 gm tepung gandum
- 300 gm gula halus | resepi asal 400 gm
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk cinamon
- 3 biji telur | saiz A
- 180 ml minyak jagung
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 227 gm nenas dalam tin | tak perlu toskan
- 400 gm pisang masak ranum
CARA MEMASAK :
Cara buat kek :
1.Kacang pecan walnut dibakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut
2. Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar
3. Pisang pula ita guna pisang montel , yang masak ranum. Kemudian lenyek halus.
4. Nenas pula ita jangan ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah. Kemudian nenas pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.
5. Untuk mudah sediakan kek ini, asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam disatukan dan ayak.
6. Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen satukan dalam satu bekas yang lain.
7. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
8. Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata. Bila sebati masukkan gula dan gaul lagi
9. Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah diayak tadi. Gaul hingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang telah cincang.
11. Sediakan 2 loyang 8 inci, lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan mentega. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.
12. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing
13. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.
14. Sementara kita tunggu kek sejuk, sediakan Krim kejunya pula
KRIM KEJU PECAN
* gandakan adunan ini untuk lapisan dalam dan sapu keseluruhan kek
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pes lemon
- Pecan Croqan
Bahan pecan croqan :
- 100 gm pecan di cincang
- 100 gm gula
- 20 gm mentega
Cara buat pecan croqan:
- Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan.
- Tutup api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga ia berderai dan sejukkan.
Cara buat krim keju :
- Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
- Tambahkan mentega, esen vanilla dan pes lemon.
- Pukul adunan hingga sebati, akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
* Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh
KARAMEL SOS
BAHAN-BAHAN :
- 113 gm mentega
- 120 gm whipping cream Dairy
- 3 sudu besar air
- 60 ml sirap jagung
- 200 gm gula halus
Cara Buat Karamel Sos :
- Masak gula dan air hingga perang
- Tambahkan sirap jagung syrup dan masak lagi
- Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata
- Bila dah pekat, tutup api dan masukkan mentega
Cara melayerkan kek
- Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
- Letakkan kek atas lapik kek, sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
- Ulang proses yang sama hingga habis
- Salutkan keseluruhan kek dengan krim ,simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum dihias.
- Hiaskan dengan sos caramel, ikut hiasan yang anda sukai. Sedia untuk dihidangkan.an
Sumber resipi dan foto : Nor Azlita Binti Abdul Aziz
https://norazlitaaziz.blogspot.com/
blog Azlita Masam Manis, IG @azlitaaziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source