Jürgen Klopp, pengendali Liverpool yang dah banyak mencipta sejarah bersama Liverpool akhirnya mengumumkan beliau akan mengundur diri pada hujung musim ni.
Perkara ni sememangnya mengejutkan admin-admin The Patriots yang mendukung Liverpool termasuklah saya sendiri.
Saya teringat bagaimana Liverpool pertama kali cuba dapatkan khidmat Klopp selepas memecat Brendan Rodgers di musim 2015-16.
Klopp yang masa tu sedang bercuti lepas meninggalkan Borussia Dortmund terus terima kerja tersebut.
Klopp janji yang beliau akan dapatkan trofi dalam masa 4 tahun. Benar, beliau berjaya mengotakan janjinya apabila menang Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan Liga Perdana Inggeris.
Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha, sabar dan kepercayaan para pemain dan penyokong Liverpool. Liverpool taklah sekaya seperti PSG namun Liverpool sangat berjaya di pentas tertinggi Eropah.
Musim pertamanya bersama Liverpool, Liverpool berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Eropah UEFA. Namun, hampa apabila tewas 1-3 kepada Sevilla. Tapi ia tetap tak mematahkan semangat penyokong-penyokong Liverpool untuk terus memberikan kepercayaan kepada Klopp.
Musim 2018-19, Liverpool hanya dipisahkan dengan 1 mata dibelakang Manchester City dalam liga walaupun hanya kalah sekali sahaja dalam perlawanan liga tahun tersebut. Siapa tengok perlawanan terakhir liga masa tu tahu betapa sakitnya hati dan meronta-ronta jiwa penyokong Liverpool ketika tu.
Akhirnya Klopp berjaya memimpin Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2019 dan pertama kali menjulang Piala Kelab Dunia serta Liga Perdana Inggeris di musim 2019-20 setelah penantian panjang selama 30 tahun.
Tak lupa juga Jürgen Klopp dibantu oleh Michael Edwards berjaya merekrut pemain-pemain yang sangat memberi impak dalam pasukan.
Masih ingat lagi bagaimana Brendan Rodgers mendesak untuk tandatangan penyerang yang tak pernah sesuai dengan gaya Liverpool, Christian Benteke, hanya sebulan selepas Edwards berjaya mendapatkan khidmat Roberto Firmino.
Kerjasama Jürgen Klopp dan Michael Edwards sememangnya salah satu kunci bagaimana Liverpool berada di satu tahap berbeza berbanding sebelum-sebelum ini.
Sadio Mané, pemain yang kurang konsisten di Southampton serta Mohamed Salah berjaya ditandatangani oleh Liverpool. Siapa sangka 2 pemain ini menjadi nadi tunjang utama pasukan yang sangat tajam dan menggerunkan pasukan lawan.
Kita juga masih ingat bagaimana Philippe Coutinho dijual kepada Barcelona dan Liverpool berjaya mendapatkan Virgil Van Dijk dan Alison yang melengkapkan “puzzle” dalam formasi pasukan Klopp.
Klopp berjaya bawa taktik Gegenpressing yang telah menjadi sinonim dengan Liverpool dan merebak ke seluruh dunia. Bak kata Klopp, “Gegenpressing lets you win back the ball nearer to the goal.”
Penyokong-penyokong Liverpool pasti akan merindui khidmat Jürgen Klopp yang memberikan detik manis sepanjang pimpinannya. Bagi korang, siapa yang patut gantikan tempat Klopp selepas ni?
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya.
Korang boleh baca macam mana Jürgen Klopp bawa Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah dengan lebih terperinci di dalam LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:
https://shope.ee/5fPTPWY9UL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source