Matahari ‘Musuh’ Terbesar Kulit Jika Tidak Sediakan Perlindungan Ketika Remaja
Contact lens atau disebut juga kanta lekap adalah satu trend pemakaian di kalangan anak gadis hari ini. Tanpa cermin mata, bagi yang inginkan gaya hidup menarik akan memilih kanta lekap sebagai pilihan masa kini.
Umumnya, kanta lekap ini ialah kepingan plastik nipis melengkung yang dilekapkan ke kornea. Tujuan pemakaiannya untuk baiki masalah rabun atau terapeutik. Ramai juga memakainya untuk kelihatan lebih cantik.
Sehingga kini, teknologi optikal telah berkembang dengan pesat. Hasilnya, terdapat banyak jenis kanta lekap dijual dalam pasaran sekarang.
Ada beberapa jenis kanta lekap terdiri dari kanta lekap lembut (soft contact lens). Dibuat daripada plastik (hidrogel) yang lembut, fleksibel dan boleh serap air. Ramai orang rasa selesa memakai jenis ini. Tetapi, jenis ini mudah koyak.
Kanta separa keras atau RGP (Rigid Gas Permeable) ialah penggunaan bagi individu yang mahu mata kekal sihat. RGP diperbuat daripada plastik yang tegar (rigid) dan tidak mengandungi air. Saiznya lebih kecil dari lekap lembut dan membolehkan banyak oksigen masuk ke kornea.
Dan terakhir, kanta lekap hybrid iaitu gabungan dua material. Di kawasan tengah, material RGP digunakan dan dikelilingi dengan material hidrogel.
Di sebalik trend ingin kelihatan cantik sebenarnya pemakaian kanta lekap secara berterusan boleh mengundang bahaya dan jika tersilap pemakaian atau memakainya secara berterusan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
Temubual bersama Pakar Ophthalmology Dr Aida Zairani Mohd Zahidin dari Gleneagles Kuala Lumpur menghuraikan apa risiko memakai contact lens dalam tempoh lama atau bagaimana sekiranya kita tidak sedar contact lens digunakan sudah koyak.
Menurut pakar mata ini, tidak salah untuk memakai contact lens atas apa tujuan sama ada untuk kecantikan mahupun atasi masalah rabun tetapi pastikan kita sudah mendapat nasihat dari yang pakar sebelum penggunaannya.
“Memakai untuk tujuan kecantikan sedikit berbeza dengan individu yang hadapi masalah penglihatan. Malah jenis lensnya juga berbeza. Adalah lebih baik mendapatkan nasihat dari pakar bertauliah terutama jika kita baru pertama kali mahu menggunakannya. Penggunaan setiap hari juga terutama dalam tempoh agak lama pemakaiannya sebenarnya tidak bagus untuk mata kerana mata juga memerlukan rehat.
Dalam pada itu Dr Aida menjelaskan, penggunaan kanta lekap juga tidak harus dipandang enteng termasuk kita tertidur tanpa menanggalkannya terlebih dahulu.
“Kita tak boleh tertidur dengan kanta lekap kerana ia berbahaya. Paling lama pemakaian ialah 8 jam dan selebihnya harus memberi mata rehat. Pemakaian yang berterusan boleh membawa akibat lebih buruk. Boleh terjadi juga kerosakan pada salur darah yang tidak normal apabila kekurangan oksigen. Penggunaan kanta mata yang salah mampu mengakibatkan jangkitan pada mata dan boleh hadapi risiko buta,” katanya memaklumkan antara tanda-tanda berlaku jangkitan pada mata ialah mata mulai merah, membengkak dan ada yang lebih teruk kelopak mata tidak boleh dibuka khususnya pada kes jangkitan pada mata akibat penggunaan kanta lekap dalam tempoh berpanjangan.
Menurut Dr Aida lagi, sesetengah dari pengguna khususnya yang membeli secara atas talian tanpa mendapat nasihat yang betul lebih terdedah kepada bahaya alami kerosakan pada bahagian kornea berbanding mereka yang mendapat nasihat dari doktor.
“Ada kalanya harga rendah mempengaruhi kita untuk membeli. Tapi kita tidak tahu adakah kanta lekap itu kualitinya baik dan sebagainya. Tidak dinafikan ada risiko-risiko jangkitan pada kornea jika kualiti kanta lekap ini rendah kualitinya,” katanya memaklumkan, jangan sesekali membasah contact lens dengan air paip ketika pembersihannya sebaliknya gunakan cecair rendaman kanta lekap atau disinfeksi yang sesuai mengikut kanta lekap yang kita miliki.
“Jangan sama sekali menggunakan air ludah kerana membersihkan kanta lekap kerana dikhuatiri kuman yang ada pada air liur boleh mengakibatkan jangkitan pada mata,” katanya yang memberi nasihat agar membeli air rendaman kanta lekap ini di kedai yang bertauliah.
Dalam pada itu Dr Aida turut menasihat para pengguna kanta lekap agar memeriksa kanta lekap mereka seteliti mungkin.
“Kanta lekap ini sangat nipis. Jika diguna berulang kali, dikeluarkan dengan teknik yang salah kerana mahu cepat dan sebagainya, ia boleh mengakibatkannya koyak tanpa sedar. Bahaya menggunakan kanta lekap koyak ini kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan pada tepi mata dan seterusnya membawa kepada jangkitan yang lain,” katanya memaklumkan antara petanda kanta lekap sudah koyak ialah kita merasai sakit ketika memakainya.
“Kalau rasa begitu, buang dengan segera dan guna contact lens yang lain,”katanya memaklumkan jangan sesekali mandi dengan memakai kanta lekap kerana ia berisiko tinggi.
So korang, memang nampak cantik bila menggunakan kanta lekap berbanding pengguna spek mata tapi risiko tetap ada jika tidak berhati-hati menyimpannya di dalam bekas atau menggunakan kanta lekap berkualiti rendah. So hati-hati ya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source