2,093 tapak lokasi sampah haram ditutup pada 2023
Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta sepanjang tahun lalu.
Menterinya Nga Kor Ming berkata, pembasmian tapak sampah haram di tujuh negeri telah dilaksanakan melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 (Akta 672) dengan anggaran 6,410 tan jumlah sisa yang dibersihkan.
Tapak lokasi sampah haram ditutup
“Kementerian memandang serius isu berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah agensi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
“Di mana pelaksanaan operasi berterusan tapak pelupusan sampah haram merupakan antara inisiatif utama kementerian pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pembersihan dan penutupan tapak buang sampah haram di Jalan Davis, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sidang media tapak lokasi sampah haram ditutup
Kor Ming berkata, ia bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI yang memfokus kepada dua
tonggak utama.
“Dua tonggak utama itu adalah kesejahteraan dan ihsan dalam memberi keselesaan selain kesejahteraan kepada rakyat selaras dengan hasrat kementerian yang sentiasa prihatin terhadap kualiti kehidupan masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 15 kes pendakwaan mahkamah telah berjaya disabitkan kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM168,000 sepanjang tahun 2023.
Artikel lain: Kor Ming rasmikan Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan
“Penutupan tapak pelupusan sampah haram ke 2,093 ini melibatkan kekuatan anggota dan petugas seramai 44 orang daripada SWCorp, Alam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah sisa pukal dan sisa binaan yang dibersihkan sebanyak 500 tan,” ujarnya.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Ir Dr Mohd Azhar Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source