Insentif RM2,000 bagi penjawat awam akan disalur 23 Februari ini
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalur pada 23 Februari ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
“Turut disalurkan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam selain RM1,000 dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya.
Akan disalur 23 Februari ini
Anwar berkata, ia sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Artikel lain: Anwar Ibrahim ‘meeting’ bersama Elon Musk, bincang penyertaan SpaceX di Malaysia
Terdahulu, kerajaan bersetuju bagi memberi bayaran awal sebanyak RM2,000 kepada semua gred 56 dan ke bawah.
Perkara tersebut diumumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source