Athira dakwa Noh Salleh kaki putar belit & kuat manipulasi cerita sebenar
Ibu kandung Musa dikenali Athira dakwa vokalis terkenal, Noh Salleh kaki putar dan kuat manipulasi cerita sebenar berkaitan penjagaan Musa yang kini di bawah jagaan ibu angkatnya, Mizz Nina.
Noh Salleh kaki putar belit cerita
Dedah Athira, dia tidak pernah memberi hak penjagaan penuh anaknya kepada Noh Salleh seperti didakwa penyanyi itu sebelum ini.
Menurutnya, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Noh kepada media beberapa hari lalu juga tidak benar, malah telah memanipulasi dirinya.
“Semua kenyataan Noh tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya,”ujarnya.
Noh Salleh minta tandatangani akaun berkanun, izin jaga Musa
Mengulas lanjut, Athira memaklumkan Noh telah meminta dirinya menandatangi Statutory Declaration (SD) iaitu akuan berkanun di hadapan pekerjanya.
Ketika Noh minta saya menandatandangi Statutory Declaration (SD) iaitu akuan berkanun, dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja dan izinkan dia menjaga Musa buat sementara.
“Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain atau Pesuruhjaya Sumpah. Saya tak tahu sah atau tidak, kemudian saya diberitahu sepatutnya SD ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, jadi dokumen tersebut tidak sah,” maklumnya.
Artikel lain: “Saya jawab rileks kan? Takda rapping-rapping kan?” -Noh Salleh
Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan bahawa tidak tahu mengenai rancangan mengambil Musa ketika Mizz Nina di luar negara pada 19 Disember lalu.
Tambahnya lagi, dia menegaskan bahawa penjagaan Musa hanyalah kepada Mizz Nina dan penyerahan tersebut juga sah.
Kesal, nama penuh tersebar
Dia turut kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia mendesak vokalis kumpulan Hujan itu memohon maaf.
“Sekali lagi Noh mendedahkan nama penuh saya, sedangkan dia yang merancang semua ini. Rasa geram dan merasakan seperti dipergunakan dan mangsa sekarang adalah saya.
“Dia seolah-olah berdendam dengan saya. Kalau benar-benar memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya,” ujarnya lagi.
Menjawab dakwaan netizen, dia sekali lagi menegaskan dia tidak menerima sebarang bayaran daripada Mizz Nina, sebaliknya hanya mahu menegakkan kebenaran sebenar.
Oleh itu, dia juga telah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan diri.
“Saya tidak dibayar dan mahu Noh beritahu perkara sebenar mengenai semua yang dia rancang sehingga hal yang berlaku kini,”kata Athira.
Semalam, Mizz Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan serta Mahmud Abdul Jumaat bagi mengesahkan penarikan balik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara Musa.
Mereka juga saling berbalas kenyataan dan Noh mendawak Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa, selain menyatakan dia menerima hak penjagaan daripada Athira.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source