Isu mineral kritikal, MITI cadang 4 perkara perlu diberi tumpuan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan empat perkara kepada kerajaan supaya memberi tumpuan kepada isu mineral kritikal.
Timbalan menterinya, Liew Chin Tong berkata, permintaan terhadap mineral kritikal semakin meningkat susulan pertambahan kegunaan bahan galian penting ini bagi teknologi tenaga bersih daripada turbin angin dan teknologi aeroangkasa kepada kenderaan elektrik (EV).
Isu mineral kritikal
“Pertama, bagi pembangunan industri, proses downstream mineral tempatan akan dapat menghasilkan nilai untuk membantu keperluan rantaian bekalan kita, khususnya mencapai matlamat agenda pembangunan EV, daripada pengeluaran semikonduktor teknologi tinggi kepada pembuatan bateri.
“Kedua, menghasilkan standard nasional tahap tinggi bagi eksplorasi, eksploitasi dan rantaian bekalan mineral kritikal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Bisnes Mineral Kritikal yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Kuala Lumpur, 5 Februari lalu.
Artikel lain: MITI bangunkan ‘dashboard’, mudahkan pihak industri & orang awam pantau kemajuan
Chin Tong berkata, selain itu Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu mencari jalan yang dipersetujui bersama bagi melindungi kepentingan-kepentingan negara kita.
“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tanah dan sumber asli berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Manakala keempat ialah kolaborasi melalui Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF).
“Sewaktu Mesyuarat Menteri-Menteri IPEF di Detroit, Amerika Syarikat pada Mei 2023, saya telah mencadangkan supaya Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain membantu rakan-rakan IPEF dari Asia Tenggara untuk membangunlan aktiviti downstream bagi memastikan keutuhan dan keterjaminan sektor mineral kritikal,” ujarnya.
Perlu anjur dialog dasar lebih kerap berhubung isu mineral kritikal
Pada masa sama, beliau berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai simpanan mineral kritikal, Malaysia perlu mengadakan dialog dasar dengan lebih kerap dan pantas berhubung hal ini.
“Terima kasih kepada AMCHAM kerana berjaya menganjurkan forum ini yang membuka peluang kepada pihak industri untuk bertukar pandangan dan berbincang isu tentang mineral kritikal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini dan di seluruh dunia,” katanya.
Tambah Chin Tong, kerajaan Indonesia telah melaksanakan langkah susulan dengan membentuk Dialog mineral kritikal IPEF dengan disokong oleh kerajaan Malaysia.
“Dialog ini diasaskan sewaktu pusingan perbincangan semua rakan IPEF di San Francisco, dan masanya sudah tiba untuk memastikan ia menjadi platform yang berstruktur dan aktif untuk menyusun langkah ke arah kerjasama jangka panjang,” ujarnya lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source