Kisah Cinta 172 Days – The Patriots
Kadangkala, bahagia yang seketika mencukupi untuk seumur usia. Mungkin itulah yang dirasai Nadzira Shafa semasa menulis senaskah novel daripada kisah hidupnya sendiri. Ada apa dengan 172 hari?
Tahukah anda, 172 hari itu merupakan hari-hari yang paling membahagiakan buat Nadzira, sebelum suaminya dijemput ilahi. Demi mengabadikan memori berharga dengan cinta hatinya, Ameer Azzikra, maka terciptalah karya yang diangkat ke layar perak ini.
Ameer Azzikra adalah anak kedua seorang pendakwah terkenal, K.H. Muhammad Arifin Ilham yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia. Setelah menikahi Nadzira di usia muda, Azmeer tiba-tiba mengalami demam berdarah.
Tak disangka-sangka, rupanya pengantin baru ini menghidap jangkitan paru-paru dan hati. Jangka hayatnya tidak lama. Namun sebelum menutup mata pada usia 20 tahun, Azmeer sempat memberikan hari-hari yang paling indah untuk isteri tercintanya. Diorang juga berkongsi momen-momen indah itu dalam instagram.
172 Days cerita pasal apa?
Kisah hidup Nadzira tadi menjadi inspirasi yang paling penting. Seperti yang dirasai Nadzira sendiri, penonton jua kena bersiap sedia untuk basah dengan air mata. Korang bersedia ke untuk mengalami kesedihan yang dirasai seorang isteri bila kehilangan suaminya? Kalau korang sanggup, sediakanlah tisu banyak-banyak sebelum menonton.
Filem 172 Days pula menceritakan tentang seorang gadis yang dipanggil Nadzira atau Zira. Dia mencari-cari kebebasan diri, sampaikan satu tahap memilih untuk menjauh daripada agama. Sehinggakan pada satu masa, Zira nak bunuh diri. Mujur, nyawanya masih panjang.
Pendek cerita, Zira dan kawannya, Intan menyertai majlis agama di tempat pengajian. Zira tertarik dengan seorang ustaz muda yang bernama Ameer Azzikra. Mereka berdua saling kenal mengenal dan jatuh cinta tanpa disedari. Dengan restu daripada keluarga, merpati dua sejoli ini pun disatukan.
Bagaimanapun, takdir Tuhan mendahului segala-galanya. Berbagai-bagai ujan serta cobaan merintangi rumahtangga mereka, sehinggalah Zira dan Ameer diuji dengan sebuah kenyataan yang amat menyedihkan. Apa yang bakal terjadi? Mungkin korang boleh mengagak, tetapi untuk kepastian, korang boleh tengok sendiri ending 172 Days.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Cinta sejati tidak terpisah, meskipun pulang ke rahmatullah. Korang boleh melayari lagi erti cinta sejati dalam RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/1w2c3ir
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source