KPK ambil tindakan tegas kepada pihak pamer label diskriminasi minyak sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan label bersifat diskriminasi atau negatif terhadap minyak sawit.
KPK ambil tindakan tegas
Dalam satu pemeriksaan yang dijalankan oleh KPK di beberapa premis di Selangor pada 26 Januari lalu, pihaknya mendapati masih ada beberapa produk makanan di premis yang mempamerkan label bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit.
Foto: Kementerian Perladangan dan Komoditi
Ungkapan atau petunjuk seperti “tiada minyak sawit” atau “tanpa minyak sawit” merupakan antara label bersifat diskriminasi (Discriminatory Labelling Against Palm Oil (DLAPO)).
“Pihak Kementerian telah menubuhkan Pasukan Multi-Agency Enforcement Force (MAEF) dengan kerjasama Kementerian dan Agensi.
“Penubuhan ini adalah untuk mengintegrasi aktiviti advokasi dan penguatkuasaan dalam meningkatkan kesedaran seluruh pengguna termasuklah penjual, pengedar dan pengimport,” kata KPK dalam satu kenyataan pada Rabu.
KPK ambil tindakan tegas kerana beri tanggapan negatif
KPK berkata, pelabelan seperti itu memberi tanggapan yang negatif terhadap minyak sawit kerana ia memudaratkan dan membahayakan kesihatan sekiranya menggunakan produk tersebut.
Artikel lain: Minum minyak sawit merah boleh kurangkan penyakit kencing manis?
Foto: The Edge Malaysia
Mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan atau Petunjuk)(Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022, mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM250 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun apabila disabitkan.
Selain itu, KPK turut memberi penerangan berhubung larangan penggunaan label tersebut dan diminta untuk mengosongkan rak sehingga tindakan susulan diambil.
“Amaran juga telah dikeluarkan untuk menghentikan penjualan produk yang mempunyai pelabelan bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit,” ujar KPK.
Dalam pada itu, KPK ambil tindakan tegas dan telah mengarahkan premis-premis untuk mengeluarkan produk sedia ada di pasaran dengan kadar segera.
Pada sama sama, KPK juga akan melakukan pemeriksaan susulan ke premis-premis itu bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source