A Aida nasihat anak perempuan, jangan derhaka & kahwin senyap-senyap
Datuk A. Aida menitipkan nasihat kepada anak keduanya, Wan Azeyanatassha agar tidak derhaka dan berkahwin secara senyap pada masa akan datang.
Hantaran nasihat dimuat naik pengarah dan penerbit terhadap anaknya yang kini melanjutkan pengajian di Victoria University, Melbourne, Austalia agar tidak membelakangi keluarga menarik perhatian pengikutnya di Instagram.
A Aida nasihat anak perempuan
Menerusi hantaran tersebut, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkongsi sekeping foto anak perempuannya berusia 23 tahun ketika berada di hadapan universiti yang turut disertakan doa dan harapannya sebagai seorang ibu.
Dia berkata berkata, penat lelahnya tidak terucap ketika membesarkan anak-anak dan segala kemahuan mereka akan cuba dipenuhinya.
Oleh itu, dia berharap anaknya rajin belajar dan tidak melepaskan peluang yang sedia ada untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa kelak.
“Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa saja kemahuan ibu akan cuba penuhi. Sebagai balasan belajarlah rajin2 dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,”tulisnya penuh harapan.
Pada masa sama, pemilik rumah produksi A Aida Production secara berseloroh sempat menitipkan nasihat dan harapan agar anak perempuannya dipertemukan jodoh dengan lelaki bermata biru ketika berada di Australia.
Pun begitu, dia turut memberi peringatan dan nasihat supaya memberitahunya terlebih dahulu untuk mendapatkan restu jika mahu berkahwin.
“Semoga jumpa jodoh dengan ‘mata biru’. Tapi nak kahwin, cakap (beritahu). Mesti dapat restu.
“Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat,”katanya lagi.
Sempat selit isu semasa
Rata-rata warganet turut mendoakan agar Wan Azevanatassha berjaya dan akur dengan pesanan serta nasihat yang dititipkan oleh ibunya.
Tidak kurang juga ada merasakan nasihat tersebut seolah-olah berbaur sindiran tergadap isu semasa ‘kahwin rahsia’ anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.
Artikel lain: Ameng & A.Aida dapat menantu, lepaskan 50 ekor burung simbolik pernikahan
Pada Julai lalu, A. Aida serta bekas suaminya, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail menerima menantu apabila anak mereka, Wan Az Aleesa,28 sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Zain Azrai Abdul Aziz.
Ameng dan Datuk A.Aida pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 namun berpisah pada tahun 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source