Anak pemilik homestay bersuara, dedah penginap biadap & lewat dua jam setengah
Anak pemilik homestay tampil bersuara mewakili ibunya berhubung video tular yang didakwa berkelakuan biadap terhadap tetamu yang menginap di rumah tersebut.
Anak pemilik homestay bersuara, tetamu lewat dua jam setengah
Menurut anak pemilik homestay yang terletak di Hospital Bahiyah Alor Setar, Kedah, tetamu yang menginap di rumah tersebut sebenarnya lewat dua jam setengah dan bukannya sejam seperti mana dimaklumkan sebelum ini.
Jelasnya, mereka telah memberi kelonggaran untuk mendaftar keluar sehingga pukul 1 petang tanpa mengenakan sebarang caj tambahan.
“Pukul 1 pagi tadi, (tetamu) masuk WhatsApp minta untuk keluar pukul 2. Mak (pemilik) balas subuh pagi tadi beritahu kena check out paling lewat pukul 1 sebab ada orang nak masuk pukul 3 petang.
“Mak dah bagi kelonggaran check out sejam lambat tak caj apa pun, percuma saja. Pukul 1 petang, mak hantar mesej kata check out pukul 1 petang, nak kena cuci dah, nanti tak sempat nak siap.. tetamu lain pula nak masuk pukul 3 petang. Tiada reply dari pihak tuan (tetamu),”katanya.
Artikel lain: Pemilik homestay halau & campak barang penginap, hanya lewat sejam ‘check out’!
Lama tunggu tengah panas!
Pun begitu, mereka yang menginap di homestay tersebut dikatakan berkelakuan biadap dan bersiap sambil lewa untuk daftar keluar.
Katanya lagi, tukang cuci sudah sampai kira-kira 1.30 petang memberi salam kepada mereka dengan sopan sebelum meminta izin mahu mencuci rumah.
“Salah seorang team tuan buka pintu dan kata okey. Tukang cuci tunggu bawah pokok panas dan masih tidak keluar lagi, masih bertuala ke hulu ke hilir, macam tiada gaya orang kalut bersiap nak keluar dari rumah.
“Kira-kira jam 2 petang, tukang cuci datang tengok lagi dan masih bertuala. Mentang-mentang tukang cuci tua, umur dah setengah abad, hampa (kalian) buat tidak tahu sahaja, dia duduk tunggu tengah panas Kedah ni.
“Tukang cuci telefon mak kata tuan (tetamu) masih tak keluar. Mak kelam kabut bersiap pergi ke homestay. Masa tinggal sejam sahaja lagi nak cuci rumah.
“Mak telefon tuan dan team tuan berkali-kali tapi tak angkat. (sertakan sekali tangkapan layar panggilan keluar masuk).
“Pukul 2.10 petang, tukang cuci pergi tengok lagi dan masih bertuala ke hulu ke hilir. Tak baik tuan buat macam tu, susahkan kerja orang. Bila orang datang beritahu secara elok, tolong hormat terutama orang tua,”jelasya.
Layan pemilik seperti tunggul!
Dia juga mendakwa ibunya menerima layanan buruk sehingga dimaki hamun oleh tetamu berkenaan disaat memberi teguran mengenai waktu daftar keluar.
Ini kerana sehingga jam 2.20 petang, mereka masih bertuala dan tiada sesiapa pun mengemas beg termasuk ada barang di dalam bilik air dan pengecas telefon.
Tipu kata solat Jumaat!
Bercerita lanjut, dia mendedahkan pihak tetamu berkenaan menipu apabila mengatakan mereka pergi menunaikan solat Jumaat, sedangkan tukang cuci menjadi saksi mereka masih berada di rumah dan bertuala.
Pun begitu, pihak homestay berkenaan tampil memohon maaf atas kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka terhadap pihak tetamu tersebut.
Jelasnya lagi, mereka hanya mahu menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan diri menjadi mangsa fitnah hanya kerana video tular baru-baru ini.
Sumber: FB Tulip Homestay Hospital Sultanah Bahiyah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source