Lauk Asam Rebus Ikan Kembung Saja, Tapi Nikmatnya Tak Terkata
Mi Goreng adalah salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia. Pergi sahaja kemana-mana kedai atau restoran, pasti ada menyajikan menu ini. Tercari-cari resipi Mi Goreng yang sedap dan mudah? Resipi-resipi yang dikongsi ini antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Jom cuba masak!
1.RESEPI MI GORENG BASAH PASAR MALAM
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, gorengkan 2 biji telur. Goreng hancur kasar. Ketepikan.
2.Tambah sedikit minyak pada kuali. Tumiskan bawang yang ditumbuk. Biar hingga agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar dengan secukupnya. Kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Bila sudah sempurna, masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dengan secukupnya. Kacau rata.
6. Kemudian terus masukkan air rebusan ayam. Biarkan mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan mi masing-masing.
7. Masukkan kicap lemak manis dengan secukupnya dan sedikit sahaja kicap masin. Biarkan mendidih.
8. Seterusnya masukkan tauhu, telur dan akhir sekali mi. Kacau rata.
9. Tambahkan sawi dan tauge, kacau rata. Jika warna kurang gelap, masukkan lagi kicap lemak manis. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Emee Sham
2. MI GORENG BASAH BANYAK LAUK
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
1 paket fish ball – potong nipis
1 paket fish cake – potong nipis
300gm sawi hijau – potong dalam 5 cm.
3 biji tauhu putih – potong kecil dan goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar – mayang halus
5 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu makan serbuk cili merah – beli online disini
5 sudu makan kicap pekat – beli online disini
5 sudu makan sos cili – beli online disini
1 cawan air
Garam dan lada sulah secukup rasa
4 biji telur ayam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball. Letak sedikit garam.
3. Masukkan batang sawi yang telah diketuk sedikit. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni. Tambahkan juga serbuk cili. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.
4. Kemudian masukkan mi kuning yang telah direndam dalam air panas.
5. Tambah kicap pekat dan sos cili. Kacau lagi sekali biar sebati.
6. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih dan sampai pekat.
7. Masukkan daun sawi dan telur. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan kacau semua bahan sekali.
8. Pakai dua senduk masa mengacau mi supaya lebih mudah. Api juga perlu besar semasa memasukkan telur ke dalam mi.
9. Bila semua bahan sebati, rasa mi untuk perasanya. Jika garam sudah cukup, padamkan api.
10. Mi Goreng Basah confirm laris siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Veera Saravanan
3. MI GORENG BASAH TAUHU HANCUR
BAHAN-BAHAN:
500gm mi kuning
15 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong saiz besar
Tauge secukupnya
Sawi secukupnya
1 keping besar tauhu @ taukua – dihancurkan
1 biji tomato – dibelah 6
7 sudu makan kicap manis – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
Minyak masak
Serbuk perisa – jika perlu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
5 tangkai cili kering – rendam air panas dan toskan – beli online disini
1 sudu makan ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
2. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika.
3. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
4. Akhir sekali, masukkan mi, tauge, sawi dan tomato. Gaul sebati dan tambah serbuk perasa jika perlu.
5. Angkat dan Mi Goreng Basah Tauhu Hancur sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
4. MI GORENG BASAH SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMBUK ( HINGGA PECAH @ LUMAT):
- 10 biji cili api
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
- Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
- Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Ieda Roslieda
5. MI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan masukkan daging.
3.Tambahkan sedikit air dan biarkan daging empuk.
4.Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub pati daging, gula dan sedikit sahaja garam. Biarkan mereneh sebentar.
5.Seterusnya masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, diikuti hirisan lobak merah dan juga sawi.
6.Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos.
7.Gaul rata dan masak hingga mee menjadi lembut.
8. Mee Goreng Daging siap dimasak dan bolehlah dihidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
6. MI GORENG BUDAK SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning (450gm)
4 biji telur
2 biji bawang merah – kisar – beli online disini
2 ulas bawang putih – kisar – beli online disini
5 tangkai cili kering – kisar – beli online disini
Hirisan daging secukupnya
Hirisan ayam secukupnya
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
5 sudu makan sos cili – beli online disini
¼ cawan kicap manis – beli online disini
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Mula-mula gorengkan telur hancur. Masak dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, kisaran bawang merah, bawang putih, cili kering sampai garing. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili. Tapi anak-anak tidak makan pedas, jadi sesuaikan ikut selera.
3. Bila bahan kisar sudah garing, masukkan lauk yang ada (hirisan daging dan ayam). Kalau nak letak sotong atau udang pun boleh.
3. Bila ayam dan daging sudah masak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau hingga mesra.
4. Masukkan air. Biarkan mereneh sekejap.
5. Seterusnya masukkan mi kuning. Empunya resipi guna mi jenama numee berat 450 gm. Sedang elok dengan bahan kisar tadi.
6. Bila mi sudah sebati dengan semua bahan, masukkan telur goreng hancur yang sudah dimasak awal tadi.
7. Gaul rata dan siap untuk dinikmati.
8. Mee goreng yang sedap kenalah berkilat dan basah-basah. Memang enak.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
7. RESIPI MEE SANGGUL GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
2 gulung Mee Sanggul – direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan – beli online disini
Udang secukupnya- dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih – diketuk
1 biji tomato – belah 4
Kucai secukupnya
Tauge secukupnya
7 sudu makan cili kisar – beli online disini
4 sudu makan sos tiram – beli online disini
4 sudu makan sos cili – beli online disini
4 sudu makan sos tomato – beli online disini
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Serbuk perasa jika perlu
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaul dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa. Gaul hingga sekata.
5. Masukkan hirisan tomato dan pecahkan telur di dalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, tauge dan juga kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika.
7. Angkat dan siap Mee Sanggul Goreng Basah siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source