Serlahkan gaya anda bersama The Chuck 70 De Luxe Wedge daripada Converse
Converse, sebuah jenama terkenal dengan kreativiti telah mencipta semula kasut Chuck Taylor yang ikonik dalam koleksi De Luxe yang menawarkan koleksi tumit tinggi untuk golongan wanita, The Chuck 70 De Luxe Wedge.
Dengan bertemakan ‘Edge of Style’, Converse mengalakkan peminatnya untuk mencari gaya baharu bersama siri kasut tumit tinggi.
Tidak cukup dengan itu, jenama ini turut berkolaborasi bersama pereka-pereka wanita yang kreatif bagi memberikan gaya baharu kepada Chuck Taylor.
Pada koleksi terbaharu ini, Converse menampilkan bentuk dan fungsi baharu dimana lebih tinggi dan melampaui jangkaan, hasil gabungan bersama Luxe klasik.
Artikel lain: Kolaborasi Good Virtues Co. x Rico Rinaldi, dimensi baharu bagi dunia fesyen Muslim
Selepas kejayaan koleksi The Chuck 70 De Luxe Heel yang baru dilancarkan, The Chuck 70 De Luxe Wedge bakal menawarkan kasut berketinggian sehingga empat inci.
Malah, Converse turut mengubah penutup kaki getah ikonik mereka bagi memberikan satu dimensi baharu selain menyerlahkan DNA Chuck Taylor.
Ia turut menampilkan perincian jahitan dan tampalan Converse segi empat tepat dan jalur klasik yang sememangnya sinonim dengan jenama tersebut.
The Chuck 70 De Luxe Wedge
Koleksi De Luxe baharu ini telah dilancarkan bersama satu siri kerjasama bertaraf dunia antara Martine Ali dan Feng Chen Wang.
Kedua-dua pereka ini terkenal dengan memberi nafas baharu kepada sebuah produk namun pada masa yang sama masih mengekalkan status quo.
Converse hanya memberikan Chuck Taylor yang ikonik sebagai inspirasi kepada mereka untuk membangkitkan kreativiti dalam menentukan masa depan fesyen.
Sempena pelancaran tema ‘Edge of Style’, Converse bakal menjadi pemangkin kepada gaya baharu dengan kemunculan The Chuck 70 De Luxe Wedge.
The Chuck 70 De Luxe Wedge kini boleh didapati di The Exchange TRX, Pavilio, Mid Valley, Sunway Pyramid, cawangan One Utama dan Kedai Digital Flagship di converse.my.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Converse, rakan kolaborasinya dan tawaran akan datang, layari laman web www.converse.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source