Israk Mikraj, Bermulanya Solat Lima Waktu
Israk dan Mikraj adalah detik bersejarah apabila solat 5 waktu disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda. Apa yang berlaku pada malam itu? Berapa jumlah solat yang diperintahkan pada asalnya?
Kisah yang bakal disebutkan, boleh dirujuk dalam kitab Kifayatul Muhtaj karangan Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.
Selepas melepasi Sidratul Muhtaba dan tiba ke Hadratul Qudsi, baginda melihat Allah Taala yang Maha Sempurna. Serta merta, baginda sujud dan menyembah-Nya. Allah adalah Tuhan yang tidak bertempat, jua tidak memerlukan tempat atau masa. “Segala ucapan selamat, keberkahan, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah,” ucap baginda.
Allah berfirman, “Sungguh Aku jadikan engkau kekasih dan Kuperintahkan seluruh manusia untuk mencintai dan gerun kepadamu. Dan Aku luaskan dadamu, buangkan apa yang memberatkanmu dan Kuangkat sebutan namamu. Dan Aku jadikan umatmu, sebaik-baik umat manusia dan Kujadikannya pertengahan.”
Firman-Nya lagi, “Aku jadikan pengajaran kuat membekas dalam hati umatmu. Dan Aku jadikan engkau Nabi yang terawal kejadian dan yang terakhir dibangkitkan. Dan Aku jadikan engkau yang terawal dihadapkan pada hari kiamat. Dan Aku berikan engkau tujuh ayat yang diulang-ulang sewaktu solat iaitu Surah al-Fatihah, yang tidak pernah Kuberikan kepada nabi yang terdahulu. Dan Aku berikan engkau kesudahan Surah al-Baqarah daripada perbendaharaan di bawah Arasy, yang tidak pernah Kuberikan kepada nabi yang terdahulu.”
Firman Allah, “Dan Aku berikan engkau lapan kelebihan iaitu Islam, hijrah, sedekah, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, Kujadikan engkau permulaan, juga kesudahan dan Aku berikan enkau panji-panji kepujian, bahawa Adam dan nabi-nabi lain di bawah panji-panji engkau. Dan sungguh, pada hari Kuciptakan tujuh petala langit dan bumi, sungguh telah Aku fardhukan ke atasmu dan umatmu 50 solat, maka engkau dirikanlah ia bersama umatmu.”
Rasulullah ﷺ turun dari Hadratul Qudsi dan menemui Nabi Musa di langit ke-6.
“Apa yang Tuhanmu lakukan dan wajibkan kepada engkau dan umat engkau,” soal Musa.
“Allah mewajibkan 50 solat sehari semalam,” jawab Nabi SAW.
“Kembalilah kepada Tuhan, oh Muhammad. Mintalah supaya diringankan buat engkau dan umatmu, kerana mereka tidak mampu menanggungnya. Aku pernah mengajarkan kewajiban solat kepada umat manusia yang lebih gagah iaitu umatku Bani Israil, sedangkan umat engkau lebih lemah,” ujar Musa.
Rasulullah SAW pun kembali ke Hadratul Qudsi dan merayu kepada Allah, “Oh Tuhanku, Engkau ringanlah umatku, kerana mereka selemah-lemah umat.”
Allah langsung mengurangkan kewajiban solat kepada 45 kali sehari semalam. Rasulullah SAW turun ke langit bawah dan menemui Nabi Musa. Lantas, Musa meminta baginda agar meminta keringanan lagi. Justeru, baginda berulang-alik beberapa kali sehinggalah kewajiban solat diringankan kepada 5 waktu solat sehari semalam.
Allah berfirman, “Aku telah menjadikan pahala 5 waktu solat itu bersamaan 50 kali solat. Setiap solat itu digandakan 10 kali lipat.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Maha suci Allah yang tidak bertempat atau bermasa. Korang yang nak mengenali utusan Allah, Nabi Muhammad SAW, dapatkan MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/jj6uss0
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source