Benci Tapi Cinta, Nak Buat Apa?
Kalau lapar makan, kalau haus minum, kalau ngantuk tidur. Kalau cinta? Tentang cinta pula, tidak semudah yang disangka. Tapi, jangan risau, sebab ada sepotong nasihat untuk korang.
Kaunselor rumahtangga, Dr. Talal Alsaleem ada jawapannya.
Setiap pergaduhan dalam rumahtangga ada akarnya. Contohnya, kenapa tak buangkan sampah atau kenapa tak basuhkan anak berak. Lebih mudah untuk marah-marah tentang perkara tersebut, daripada meluahkan apa yang perkara tersebut buatkan kita atau pasangan kita rasa. Ambillah masa untuk bertenang, dan cakap baik-baik.
Korang pernah dengan cerita orang bercerai sebab pasu bunga?
Sebenarnya, bukanlah pasu bunga tu lagi bernilai daripada perhubungan manusia, tetapi krisis yang bertompok dari hari ke hari akan lebih tergambar bila timbul perkara yang digaduhkan. Dan pasu bunga yang diabaikan itu adalah cerminan kepada perasaan serta cinta yang sekian lama terabai. Kerana seumur hidup itu terlalu lama.
Heather Stella, seorang pendidik di New York pula mencadangkan kita agar bertanyakan soalan kepada pasangan: Adakah awak mahu dibantu? Atau mahu didengar? Atau mahu dipeluk?
Soalan yang macam budak tadika ini, sebenarnya turut berharga untuk orang dewasa. Kerana jauh dalam lubuk hati, setiap orang mahu dimanjakan oleh pasangannya. Empati, iaitu sikap saling memahami, begitu penting dalam perhubungan keranan mencerminkan sikap hormat, melegakan jiwa kacau dan membantu pasangan untuk mengambil tindakan yang tepat.
Jada Jackson, kaunselor kesihatan mental di Dallas mengatakan, bertanyakan pasangan adakah dia mahu dibantu, didengar atau dipeluk, samalah dengan bertanyakan, “Apakah yang boleh saya buat untuk memenuhi keperluan awak?” Ia melegakan remuk-redam jiwa daripada meletup.
Pernah ke korang tiba-tiba bergaduh?
Terrence Real, seorang therapist keluarga mencadangkan agar kita mengaplikasi “the feedback wheel”. Ada empat segmen: Ini apa yang saya lihat atau dengar. Ini apa yang saya sangkakan. Ini apa yang perasaan saya rasa. Ini ialah apa yang boleh membuatkan saya lega.
Proses komunikasi berkenaan boleh mengubah perasaan marah tanpa usul periksa, kepada sikap keterbukaan.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak mengenal cinta sejati, bacalah RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/m96330x
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source