Mak nyah mengamuk campak duit, tendang pintu ‘mall’ selepas didakwa mencuri
Tular sebuah video memaparkan beberapa individu dipercayai mak nyah mengamuk campak duit selepas didakwa mencuri di sebuah butik pakaian berjenama di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian di X, @TohPuanNetwork memuat naik tangkapan skrin video memperlihatkan kumpulan itu yang didakwa pelancong luar bertindak kasar di luar premis pakaian tersebut.
“Katanya bapok oversea shopping kat Lot10 dituduh mencuri. Mengamuklah campak-campak duit nak tunjuk kaya. Kalau kaya, tak bawa duit kepok-kepok macam tu,” dakwa @TohPuanNetwork pada ruangan kapsyen, semalam.
Pada video itu, pelancong berkenaan dilihat mengarahkan kakitangan butik untuk membuka pintu seolah-olah bagi membenarkan mereka masuk ke dalam premis.
Dituduh mencuri, mak nyah mengamuk campak duit
Namun, kakitangan butik enggan membuka pintu sehingga menyebabkan kemarahan sehingga mereka mengambil keputusan untuk menendang pintu premis berkenaan.
Malah, mereka turut mencampakkan wang ringgit di hadapan pintu seolah-olah bagi membuktikan bahawa mereka mempunyai duit untuk membeli-belah di butik terbabit.
Selepas gagal, mereka dilihat sempat mengutip wang ringgit yang dicampakkan sehingga menerima sorakan orang awam yang sedang melihat kejadian berkenaan.
Pada masa yang sama, pelancong itu sempat menyatakan kepada kakitangan butik tersebut bahawa mereka merupakan pelancong dari luar negara.
Artikel lain: Anak tahan sebak, bapa meninggal dunia beberapa minit sebelum majlis graduasi bermula
Mak nyah mengamuk campak duit
“Saya ni, pondan oversea! Pondan oversea!” kata salah seorang pelancong mak nyah terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna meninggalkan komen mendakwa ketiga-tiga pelancong itu telah banyak melakukan kes kecurian.
“Pondan ni mencuri ye, sebab tu dorang tak bagi masuk. Dah banyak tempat dorang mencuri, ada bukti CCTV semua. Memang kena bayar balik, beribu juga la! Bagi malu je,” dakwa pengguna tersebut.
Dalam pada itu, ramai netizen yang berseloroh berkata sekiranya pelancong itu mempunyai kehidupan mewah, mereka sepatutnya membiarkan sahaja duit yang telah dicampak.
Kata kaya, mak nyah mengamuk campak duit tapi kutip balik
Tak baik buang rezeki…
Kalau kaya biar tak payah kutip duit tu kan
Suara serak-serak basah, ‘berdarah pahlawan’
Alahai, betul ke dakwaan mencuri tu? Tapi memalukan juga mengamuk sebegitu. Tak pasal akhirnya, memalukan diri sendiri.
Sumber: X @TohPuanNetwork
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source