Anak Suka Main Conteng-Conteng Biarkan, Fasa Dia Belajar Menulis!
Patutlah ramai dikalangan kita gemar bercuti ke Korea. Rupanya banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan mesra kanak-kanak yang memudahkan urusan percutian. Perkongsian puan Noor Azmiah bersama suami dan anak berusia tiga ini penghujung tahun lepas selama 5 hari 4 malam diharap boleh menjadi inspirasi bagi yang bercadangan ke sana hujung tahun ini pulak.
Berikut 7 tip berdasarkan pengalamannya semasa melancong ke sana.
TIP 1: Bawa anak kecil dan gunakan stroller
Jangan rasa terbeban untuk membawa anak anda melancong bersama ke Korea. Kedengaran agak pelik bila kak miah cadangkan untuk anda bawa bersama anak kecil anda. Tapi percayalah, di Korea anda akan banyak menumpang tuah si kecil.
Orang Korea sangat mesra dengan kanak kanak. Dimana mana sahaja ketika saya membawa iesya berjalan, pasti ada sahaja golongan veteran terutamanya yang akan beramah mesra dengan iesya. Ada yang akan memberi wang, ada yang memberi buah dan ada juga yang memberi biskut.
So, membawa bersama si kecil dengan stroller ke dalam train atau bas, tiada yang menghairankan. Mereka sangat mengutamakan wanita hamil, kanak kanak dan warga emas. Bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil juga boleh menggunakan kemudahan seperti lift khas tanpa perlu mendaki tangga. Golongan muda yang sihat akan menggunakan tangga atau eskelator. Mereka sangat mematuhi peraturan. Memang tak nampak golongan muda yg sihat menggunakan lift. Hebat orang korea dididik tentang jati diri.
Sewaktu tiba di Incheon Airport, staff di Incheon airport sudah menunjukkan laluan khas kepada ibubapa yang membawa anak kecil. Lega sangat kerana semasa kami sampai, orang sangat ramai beratur untuk melepasi imigresen. Pesawat nak parking pun kena tunggu 15 minit sebelum kami boleh keluar dari pesawat. Maknanya pada masa yang sama banyak penerbangan sampai di Incheon. Tumpang tuah iesya dapat fast lane. Begitu juga sewaktu ingin pulang ke Malaysia. Jadi,bawalah anak anda jika ingin urusan lebih mudah.
TIP 2: Bawa bekalan makanan dari Malaysia
Yang ini sangat penting terutama sekiranya anda sejenis picky eater. Makanan halal di Korea masih belum berleluasa kecuali di bahagian kawasan Itaewon. Dikawasan lain boleh katakan hampir tiada kedai halal. Jadi, cadangan paling baik ialah anda bawa bekalan makanan dari Malaysia. Di Itaewon ada kedai jual produk produk halal, tapi harganya harap maklum lebih mahal berganda.
Boleh bawa makanan seperti serunding, sambal kering, maggie, roti, biskut, minuman 3in1, kalau menginap di guest house seperti kami, boleh juga bawa beras. Semasa hari pertama sampai kami dah siap beli buah buahan juga. Al maklum bila bawa budak kecil, kena pastikan dia tidak lapar dan mood sentiasa ok.hehehehe
TIP 3: Gunakan Subway sebagai pengangkutan awam
Ok, tips seterusnya ialah, sekiranya anda melancong bersama keluarga, sebaiknya anda gunakan subway sebagai pengangkutan utama. Jika menggunakan bas awam bagi yang pertama kali sampai di Korea, anda perlu tahu nombor bas yang anda perlu naiki yang melalui destinasi anda. Jika menggunakan teksi pula, kemungkinan masalah bahasa akan timbul. Dengan menggunakan subway, anda hanya perlu ada maps subway seoul dan applikasi di smartphone sebagai panduan anda. Semak bagaimana kak miah guna subway di entry sebelum ini
TIP 4: Sentiasa membawa bekalan air dan wet tissue untuk kegunaan ditandas
Di Korea, tandas awam tidak mempunyai pili air sebagaimana di Malaysia. Anda dinasihatkan membawa sebotol air dan juga tisu basah sebagai kelengkapan untuk membersih sekiranya anda atau anak anda ingin membuang air. Sepanjang berada disana, saya tidak pernah menggunakan tandas biasa kecuali tandas bagi ibu ibu yang mempunyai anak kecil dan juga tandas untuk orang cacat. Kerana 2 jenis tandas ini sahaja yang mempunyai sinki dan air. Supaya saya boleh membersihkan iesya dengan sempurna.
TIP 5: Lotion pelembap dan lips balm sebelum keluar
Jika anda melawat korea, tak kira musim panas, musim luruh, apatah lagi musim sejuk, anda dinasihatkan agar menjaga kelembapan kulit. Perubahan suhu dan cuaca dari Malaysia ke Korea menyebabkan berlakunya faktor kulit cepat kering dan mengelupas. Yang lagi kesian jika anak anak yang kena. Jadi, pastikan anda bersiap sedia dengan lotion dan pelembap bibir.
Anda juga dinasihatkan minum air yang banyak untuk mengelakkan dehydrated. Walaupun sejuk, bukan bermakna anda tidak kehilangan air dalam badan. Malah anda akan lebih kerap membuang air kecil ketika sejuk. Jadi, pastikan pengambilan air cukup.
TIP 6: Pakai kasut yang sesuai dan selesa
Anda pernah tengok cerita Korea? Pernah tengok scene jalan ke rumah mereka bagaimana? Panjat bukit tinggi dan bertangga tangga kan? Ya…begitulah realitinya di Korea. Pembangunan disana mengekalkan bentuk asal muka bumi mereka. Tapi….tapi…bagi orang Malaysia yang biasa berjalan di tanah yg rata dan landai, ia satu cabaran baru.
Jadi, pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai kalau melancong ke Korea. Jangan bergaya dengan kasut tinggi 4inci takut ada yg terseliuh nanti. Hahaha… pastinya kita akan banyak berjalan, turun naik bas atau train, naik tangga, kalau bawa anak anak lagilah perlu selesa berjalan.
Sebaiknya, sedari Malaysia lagi anda sudah menjaga stamina dan juga kesihatan sendi anda. Sudah siap untuk banyak berjalan dan sudah maklum lutut dan kaki tidak boleh bermasalah jika ingin melancong dengan lancar dan selesa.
TIP 7: Supplement sebagai penguat sistem imun dan kesihatan tulang anda
Saya selalu menasihatkan teman teman agar makan supplement terutama jika ingin melancong kemana mana. Jaga kesihatan tulang dan tubuh kita, kuatkan sistem imun kita. Apalagi jika 6 jam dalam penerbangan ke Korea dan menyedut udara yang sama dengan org yg batuk, bersin, selsema sepanjang penerbangan. Macam macam virus boleh singgah ke kita. Hanya imun yang kuat dapat menentangnya. Belum lagi cerita tentang perubahan cuaca yang boleh menyebabkan rasa nak demam tiba tiba, semuanya berkait rapat dengan ketahanan sistem imun tubuh.
Bila dah sampai pula, aktiviti fizikal yang lebih dari biasa juga boleh menyebabkan badan terkejut. Yelah, tiba tiba angkat beg berat, jalan kaki jauh berkilometer, panjat bukit, makan tak menentu, badan pun boleh terkejut. Masa nilah supplement sangat sangat membantu. Jangan tunggu dah sakit baru cari ubat, tak guna dah. Tapi cegah sebelum sakit datang.
Tempat menarik yang dilawati di Seoul Korea
Antara tempat menarik yang dilawati oleh keluarga ini ialah Namasangok Hanok Village, Bandaraya Seoul, Gyeoungbokgung Palace, Isadong Street, Masjid Itaewon, Seoul Korea,Namsan Tower, Nandaemun Market dan Myeongdong. Jom kita lihat antara gambar percutian keluarga ni.
Sumber: sweetmommystory.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source