Graduan politeknik & kolej komuniti dipuji berkemahiran, harumkan negara
Graduan politeknik dan kolej komuniti dipuji kerana memiliki pelbagai kemahiran sehingga ada dalam kalangan mereka menunjukkan prestasi cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Graduan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dipuji berkemahiran
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, beliau berbangga dengan pencapaian graduan dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), baik dari dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Zambry berkata, pencapaian yang ditunjukkan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melahirkan graduan yang berholistik, berkualiti, berkemahiran dan seimbang.
“Hari ini, kita bangga mengatakan bahawa 36 buah politeknik dan 105 buah kolej komuniti adalah jenama POLYCC yang akan terus berkembang sebagai institusi pendidikan terbaik negara.
“Mengenjak ke usia 55 tahun penubuhan, data sehingga 30 September 2023 menunjukkan sebanyak 694,077 graduan telah dilahirkan oleh politeknik dan kebanyakan mereka telah pun bertebaran berada di pelbagai industri sama ada dalam mahupun luar negara,”katanya pada Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023, Khamis.
Katanya, sehingga ini seramai 132,093 graduan Kolej Komuniti telah berjaya dilahirkan dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan, berkemahiran serta memenuhi permintaan pasaran kerja industri terkini.
Laporan statistik juga menunjukkan kebolehpasaran graduan di politeknik mencapai hampir 96.3 peratus dan graduan kolej komuniti mencapai 97.1 peratus.
Hapuskan stigma POLYCC berada ‘kelas ketiga’
Oleh itu, Zambry meminta para pelajar politeknik di negara ini diminta agar membuang stigma bahawa institusi pengajian tersebut adalah golongan kelas ketiga.
Tegasnya, POLYCC merupakan sebuah institusi yang penting dalam negara ketika ini dan setiap graduan perlu menghapuskan stigma bahawa institusi tersebut bukanlah pilihan ideal.
“Jika sepuluh atau 20 tahun yang lalu, mungkin ramai menganggap politeknik dan kolej komuniti adalah pilihan kedua, ketiga mahupun terakhir.
“Namun hari ini, persepsi ini sedikit sebanyak telah pun berubah seraya melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh POLYCC serta keupayaan menawarkan program berimpak tinggi menjadi perhatian,”katanya.
Artikel lain: Graduan TVET sentiasa jadi rebutan majikan, dipuji serba boleh & berkemahiran
Berikutan itu, kerajaan ketika ini memberi tumpuan terhadap bidang-bidang kemahiran tertentu seperti di politeknik dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Langkah itu, katanya, bagi memberi tumpuan dan fokus agar bidang berkenaan tidak dipinggirkan dalam arus pendidikan negara.
“Kerajaan telah pun memutuskan untuk memberikan penekanan dalam bidang teknik, khususnya kemahiran teknikal. Ini melibatkan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tinggi juga diberikan keutamaan.
“Ini memandangkan perubahan-perubahan yang berlaku, khususnya dalam bidang industri yang sedang berkembang kini, termasuklah dalam konteks AI dan bidang-bidang yang lain yang ada kaitan dengan perkembangan terkini dalam dunia komunikasi dan sebagainya.
“Oleh hal demikian, penekanan yang diberikan dalam bidang ini juga. Maknanya, pengiktirafan ini akan diberikan kepada bidang-bidang ini bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran sebagai contoh dalam pengajian mereka, tidak dapat masuk ke universiti.
“Tetapi, kita percaya bahawa mereka memiliki kemahiran dalam bidang-bidang yang lain. Oleh yang demikian, kerajaan membuka potensi ini kepada mereka untuk belajar sama ada di politeknik, kolej komuniti dan juga dalam kursus,”kata Zambry ketika ditemui media.
Tambahnya, program yang beteraskan kepada work based learning juga diperkenalkan bagi membolehkan setiap pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
“Kerjasama industri-industri besar, sebagai contoh, mereka memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu.
“Mereka akan belajar separuh belajar mereka itu dalam industri yang berkenaan, separuh masa lagi dalam kampus-kampus mereka. Ini pendekatan baharu yang kerajaan bangunkan, bagi memulihkan keperluan dan permintaan dalam bidang-bidang khusus,
“Keduanya, membuka ruang pekerjaan yang ada dan bukan khusus kepada bidang-bidang tertentu,”katanya lagi.
Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source