Khairul Aming pecah empat rekod ketika pelancaran Dendeng Nyet Berapi
Usahawan dan pempengaruh media sosial , Khairul Aming pecah empat rekod baharu sempena pelancaran produknya Dendeng Nyet Berapi pada 2 Februari lalu.
Menerusi satu muat naik di TikTok, Khairul Aming telah berkongsi ‘post mortem’ dilakukan pasukannya selepas selesai jualan produk baharunya itu.
Khairul Aming pecah empat rekod
@khairulaming Ini post morterm batch pertama Dendeng Nyet Berapi bermula dari launching, shipping sehingga ke feedback dari customers. Ada 4 rekod yang kita pecahkan semasa launching tersebut dan alhamdulillah review yang kita dapat jauh lagi positive dari review Sambal Nyet semasa launching dahulu. Tapi ada juga constructive feedback yang kita dah kumpul and perlu perbaiki untuk batch dendeng yang seterusnya. Terima kepada anda semua yang menyokong Dendeng Nyet Berapi, tak lama lagi kita akan mulakan restock! 😁
Menurut usahawan berusia 32 tahun itu, sempena pelancaran produk tersebut, Dendeng Nyet Berapi berjaya memecahkan empat rekod di TikTokShop Malaysia.
“Untuk pelancaran ini, ada empat rekod yang kita pecahkan. Yang pertama adalah jualan RM1 juta terpantas di TikTokShop Malaysia iaitu selama 3 minit 39 saat.
“Rekod yang kedua ialah kita dapat peak views tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu seramai 222,800 orang dalam satu-satu masa.
“Rekod yang ketiga ialah kita dapat jumlah tontonan tertinggi di TikTokShop Malaysia seramai 3.4 juta tontonan.
“Dan rekod yang keempat ialah ‘Clickthrough Rate’ (CTR) tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu lebih daripada 400%,” katanya.
Khairul Aming menjelaskan, keempat-empat rekod berkenaan merupakan rekod tertinggi dalam sejarah TikTokShop Malaysia sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa rekod tersebut juga merupakan rekod peribadi terbaiknya kerana sebelum dia mengambil masa tiga bulan untuk mendapat jualan RM1 juta bagi jualan Sambat Nyet Berapi.
“Malam itu juga kami dapat maklum balas yang positif daripada penonton.
“Kami menggunakan warna hitam bagi semua peralatan semasa siaran langsung itu sebab kita nak bagi Dendeng Nyet sahaja yang nampak warna kuning dalam siaran langsung tu,” ujarnya.
Artikel lain: Khairul Aming belanja ibu barang kemas, ramai cuba nasib jadi menantu
Tambahnya, daripada 80,000 jumlah produk yang dijual pada malam itu, hanya lima parcel mengalami kerosakan namun pasukannya mengambil langkah pantas menggantikannya dengan serta merta.
“Kita juga menerima banyak maklum balas positif, ramai yang beri reviu lima bintang dan ramai juga yang rekod video unboxing, makan dan sebagainya.
“Tapi pada masa yang sama, kita juga dapat permintaan dan maklum balas penambahbaikan daripada pelanggan.
“Ada yang minta kurangkan manis dan tambahkan pedas, ada yang tak nak tekstur relai, ada yang minta kita guna pembungkusan ziplock.
“Kita dah terima maklum balas daripada semua orang. Saya serta merta terbang balik ke Kelantan dan berbincang dengan pasukan saya,” kongsinya.
Sementara itu, dia memohon kepada semua pelanggan untuk memberikan masa bagi membuat penambahbaikan demi memastikan hasil yang seterusnya lebih baik daripada kumpulan pertama.
Khairul Aming pecah empat rekod ketika pelancaran Dendeng Nyet Berapi
“Akhir kata, Dendeng Nyet ni masih lagi baru jadi terima kasih kepada yang dah bagi maklum balas kepada kita sebab saya pun tak nak jadi penjual yang syok sendiri.
“Saya nak dengar maklum balas dari semua orang, jadi teruskan bagi maklum balas dan kami akan terus lakukan penambahbaikan,” katanya.
Pada masa sama, Khairul Aming turut menyatakan pasukannya akan menambah semula stok produk itu dan orang ramai boleh membelinya tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan Khairul Aming yang membuat ‘post mortem’ buat para pelanggannya.
Terdapat juga warganet yang turut memberikan komen penambahbaikan lain yang boleh diambil oleh Khairul Aming bagi kumpulan dendeng yang seterusnya.
Tidak kurang juga netizen yang berseloroh mereka seakan-akan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Khairul Aming disebabkan ‘post mortem’ tersebut.
Sekadar info, selebriti masakan itu memaklumkan pembuatan Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain memakan modal sebanyak RM2 juta.
Menurut Khairul Aming, R&D yang pihaknya lakukan termasuklah resepi, mesin, pembungkusan dan cara simpanan bagi memastikan produk itu sedia untuk dilancarkan.
Terdahulu, Khairul Aming mula membuat konten memasak pada 2016 dan dikenali ramai selepas menghasilkan video masakan sempena bulan Ramadan pada 2018.
Khairul Aming mula menjual produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi sekitar tiga tahun lalu dan berjaya meraih keuntungan RM7.5 juta pada tahun pertama jualannya.
Sumber: TikTok Khairul Aming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source