Tiket Masih Termurah! Zoo Johor Dibuka Semula April, Jom Kunjung Sambil Beraya
Hari demi hari ada sahaja berita sedih yang kita terima tentang kes bunuh diri yang berlaku disebabkan mengalami tekanan kewangan sepanjang tempoh pandemik ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan makluman statistik kes bunuh diri iaitu secara purata, dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021.
Allahu….
Walau bagaimanapun, dalam surah Maryam (22-23) Saidatina Maryam juga pernah mengalami perasaan sama iaitu perasaan ingin mati apabila berhadapan dengan ujian yang besar dalam hidup. Saidatina Maryam juga merasai perkara yang sama ketika beliau melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan bersendirian dan tidak memiliki suami. Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan ada memberi penjelasan mengenai isu ini agar masyarakat mendapat kefahaman yang lebih baik mengenainya.
Ikuti penjelasannya di bawah.
Ringkasan Artikel:
Manusia yang sedang diuji secara fitrahnya akan merasa putus asa ke tahap bercita-cita untuk mati atau lenyap. Islam melalui kalam Allah mengiktiraf perasaan ini. Namun, perasaan ini perlu disalurkan dengan cara yang betul sebelum terjebak kepada perbuatan yang melanggar syarak seperti membunuh diri atau mencederakan tubuh badan sendiri.
1. Mengadu Kepada Allah SWT
Mengadu kelemahan kepada Allah SWT adalah langkah pertama untuk meredakan keserabutan di jiwa. Apabila kita mengakui perhambaan kepada Allah, kita telah menyerahkan diri kepada satu kuasa agung yang Maha Hebat.
2. Punca Timbul Perasaan Ingin Bunuh Diri
Mengenalpasti punca terdetiknya pemikiran sebegini juga akan membantu menguruskannya secara berhemah. Perlu diingat bahawa pemikiran sebegini tidak akan terdetik pada waktu kebiasaan. Pertolongan mesti didapatkan daripada orang lain atau pakar kerana ia juga salah satu cara mencari penawar yang digalakkan dalam Islam. Kita perlu normalisasikan perbuatan merujuk kepada pakar kesihatan mental seperti psikiatris, psikologis klinikal, kaunselor berdaftar dan sebagainya bagi isu sebegini.
3. Rawatan Kesihatan
Isu kesihatan mental tak kurang pentingnya dengan kesihatan fizikal. Apabila seseorang patah kaki, rawatan dan terapi akan diberikan bagi membolehkannya berjalan semula. Begitu lah juga kesakitan minda. Terapi dan rawatan diperlukan bagi membolehkan seorang individu memiliki keupayaan untuk berfungsi seperti biasa. Ia sama sekali tidak bermaksud individu tersebut telah menjadi gila.
Manusia secara fitrahnya akan mengalami kemelut yang dahsyat apabila berhadapan dengan ujian yang besar dalam hidup. Saidatina Maryam juga merasai perkara yang sama ketika beliau melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan bersendirian dan tidak memiliki suami.
فَحَمَلَتْهُ فَانتَبَذَتْ بِهِ مَكَانًا قَصِيًّا(22) فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيَّا (23)
Maksudnya: Maka Maryam pun hamil, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya ke sebuah tempat yang jauh. (22) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit bersalin itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini lalu aku menjadi seorang yang dilupakan dan tidak dikenang-kenang orang! (23)
Surah Maryam (22-23)
Kata-kata Saidatina Maryam yang direkodkan dalam al-Quran menunjukkan bahawa manusia yang sedang diuji secara fitrahnya akan merasa putus asa ke tahap bercita-cita untuk mati atau lenyap. Ia adalah terjemahan sakit emosi yang tidak jelas di mata kasar. Islam melalui kalam Allah mengiktiraf perasaan ini. Namun, perasaan ini perlu disalurkan dengan cara yang betul sebelum terjebak kepada perbuatan yang melanggar syarak seperti membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
Perbincangan Hukum Syarak Mengenai Perbuatan Membunuh Diri
Hukum membunuh diri disebabkan berputus asa dengan kehidupan adalah haram. Perkara ini semestinya sudah maklum di pihak saudara/saudari melihat kepada soalan yang diajukan. Kami bawakan sebahagian hadis yang menyebut berkenaan ini. Antaranya:
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: Jabir bin Samurah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah dihadapkan dengan jenazah seorang lelaki yang membunuh dirinya sendiri menggunakan sebatang anak panah. Baginda tidak mendirikan (solat jenazah) ke atasnya.
Riwayat Muslim (978)
Sebelum ini juga, PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat.
Sumber : Muftiwp
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source