40,000 unit Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming habis terjual dalam tempoh 2 minit!
Dendeng Nyet Berapi habis terjual (sold out) sekali lagi ketika usahawan yang juga pempengaruh, Khairul Aming membuat jualan secara siaran langsung di Shopee sebentar tadi.
Dendeng Nyet Khairul Aming ‘sold out’ lagi!
Menerusi satu muat naik di Instagram, Khairul Aming telah berkongsi produk kedua keluarannya, Dendeng Nyet Berapi berjaya dijual dalam masa dua minit sahaja.
Dalam pada itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur apabila sebanyak 40,000 unit Dendeng Nyet Berapi habis dijual dengan hasil jualan lebih RM600,000.
Artikel lain: Khairul Aming pecah empat rekod ketika pelancaran Dendeng Nyet Berapi
Di kesempatan itu, usahawan berusia 32 tahun berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyertai pembelian produk keduanya selepas Sambal Nyet Berapi, hari ini.
Khairul Aming juga memaklumkan pihaknya akan memulakan penghantaran mulai esok dan berkemungkinan akan mengambil masa dua atau tiga hari untuk sampai ke tangan pembeli.
“Terima kasih kepada semua yang menyertai (siaran langsung dan pembelian Dendeng Nyet Berapi) tadi. Kita akan mulakan postage secepat mungkin,”tulisnya pada hantaran Instagram.
Jangan merajuk, kilang ada kapasiti pengeluaran
Sewaktu sesi penstriman langsung di platform Shopee tadi, Khairul Aming memaklumkan dia tidak boleh meletakkan jumlah unit yang besar.
Jelasnya, jumlah unit yang diletakkan pada jualan hari ini sudah mencapai tahap maksimum kapasiti penghasilan bagi kilangnya.
Jawapan ringkas tersebut diberikan oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu selepas disoal oleh ramai pengikut.
Malah, ramai dalam kalangan pembeli menyatakan mereka ‘merajuk’ kerana masih gagal untuk mendapatkan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming sekali lagi.
Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual secara harian
Maklumnya lagi, Dendeng Nyet Berapi tersebut akan mula dijual secara harian tidak lama lagi di Shopee seperti produk Sambal Nyet Berapi.
Sebelum ini, bersempena kempen jualan 2.2. di TikTok Shop, Khairul Aming mencatat sejarah apabila berjaya meraih angka jualan lebih RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Ia sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop sebagai platform jualan dalam talian di Malaysia dalam tempoh yang singkat.
Bukan itu sahaja, jualan Khairul Aming juga berjaya memecah empat rekod baharu sempena pelancaran produknya Dendeng Nyet Berapi pada 2 Februari lalu.
Usahawan itu juga berkongsi video ‘post mortem’ dilakukan pasukannya selepas selesai jualan produk baharunya itu.
Sekadar info, selebriti masakan itu memaklumkan pembuatan Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain memakan modal sebanyak RM2 juta.
Menurut Khairul Aming, R&D yang pihaknya lakukan termasuklah resepi, mesin, pembungkusan dan cara simpanan bagi memastikan produk itu sedia untuk dilancarkan.
Terdahulu, Khairul Aming mula membuat konten memasak pada 2016 dan dikenali ramai selepas menghasilkan video masakan sempena bulan Ramadan pada 2018.
Khairul Aming mula menjual produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi sekitar tiga tahun lalu dan berjaya meraih keuntungan RM7.5 juta pada tahun pertama jualannya.
Sumber: Instagram @khairulaming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source