Lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih dalam kolam sebab enggan gugurkan kandungan?
Enggan gugurkan kandungan, seorang lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih ke dalam sebuah kolam di sebuah kondominium terletak di Subang Jaya, Selangor.
Lelaki didakwa cuba lemaskan kekasih, enggan gugurkan kandungan
Menerusi hantaran dimuat naik di aplikasi X, lelaki tersebut dilihat bertindak ganas dengan menarik rambut wanita yang didakwa cuba lemaskan kekasih berkali-kali sebelum campak ke dalam kolam.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku semalam dan lelaki tersebut didakwa bertindak demikian kerana kekasihnya enggan gugurkan kandungan.
“Perkara ini berlkau semalam, kawan saya mendengar jeritan di bahagian luar rumah. Dia keluar ke balkoni dan melihat seorang lelaki memukul seorang wanita berkali-kali sebelum cuba melemaskannya,”ujar sumber.
Artikel lain: Paksa gugurkan kandungan, selebriti terkenal didakwa hamilkan anak orang
Turun leraikan pergaduhan tapi gagal
Tidak berdiam diri, sumber berkata, rakannya segera turun ke bawah bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku antara pasangan tersebut sebelum didatangi pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, wanita berkenaan enggan orang luar masuk campur akan urusan mereka berdua, selain cuba mempertahankan lelaki tersebut.
“Dia turun ke bawah dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, pengawal keselamatan tiba. Wanita itu memberitahu yang dia hamil dan enggan menggugurkan kandungan. Selepas itu, dia diserang.
“Rakan saya juga memberitahu bahawa wanita itu mempertahankan lelaki tersebut selepas pengawal keselamatan muncul sambil berkata ‘leave them alone’,”katanya lagi.
Tolong berpisah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati melihat tindakan lelaki tersebut yang tergamak berbuat demikian terhadap seorang wanita, terutama sedang hamil.
Mereka juga berharap agar wanita tersebut berpisah dengan lelaki berkenaan kerana sudah berani mencederakan dirinya.
Harap sangat buat laporan polis
Malah, mereka juga meminta agar wanita berkenaan atau mana-mana ahli keluarga untuk segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.
Difahamkan, kejadian tersebut didakwa berlaku selama 20 hingga 30 minit sebelum kedatangan pengawal keselamatan.
Namun, sehingga kini tidak pasti akan kesahihan video tersebut termasuk kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source