Andalusia Travel dan Bank Islam tawar pakej pembiayaan-pinjaman umrah dan haji
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang menyediakan pakej pembiayaan peribadi kepada umat Islam bagi mengerjakan umrah dan haji.
Menurut Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel dan Tours, Hajah Ida Riswana Idris, pihaknya menyasarkan jumlah jemaah umrah akan meningkat kepada 80,000 setahun menjelang musim umrah 1446H dengan adanya manfaat pembiayaan-pinjaman yang ditawarkan ini.
Hajah Ida Riswana Idris berkata, orang ramai tidak perlu teragak-agak untuk memohon kerana pembiayaan peribadi ini telah berkali-kali dirujuk dalam Muzakarah Haji dan fatwa kebangsaan yang memutuskan pembiayaan umrah dan haji adalah dibolehkan dan diharuskan dengan syarat.
“Pinjaman kewangan yang dilakukan tidak mempunyai unsur riba, dan selain itu pemohon hendaklah mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan mengerjakan umrah dan haji.”
“Selain itu, pembiayaan yang dilakukan dibuat atas dasar menyegerakan perintah Allah SWT dalam melaksanakan rukun Islam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh menjalani ibadah umrah dan haji dengan tenang dari sudut kewangan adalah jauh lebih balik jika dibandingkan dengan mempercayai pakej mempercayai pakej umrah paling murah di pasaran tanpa usul periksa dan akhirnya ramai tertipu.
Pembiayaan umrah dan haji hasil usahasama tersebut membolehkan bakal jemaah menambah serta mencukupkan simpanan untuk ke Tanah Suci dengan kadar minimum pembiayaan RM10,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 10 tahun.
Orang ramai boleh mula memohon pembiayaan pakej umrah dengan pembayaran ansuran mudah melalui platform www.umrahandalusia.com.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source