KPN komited tingkatkan budaya membaca, wujudkan ‘Airport Library’ mulai tahun ini
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited tingkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
KPN komited tingkatkan budaya membaca
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, KPN akan terus tingkatkan budaya membaca dengan melaksanakan kempen sepanjang tahun ini.
Ujar beliau, pihaknya telah merancang beberapa program, antaranya Jom Baca 10 Minit, Karnival Baca Perdana, Bacaan Kegemaran Saya, Hari Buku Sedunia, Kembara Ilmu dan Anugerah Buku.
Oleh itu, perpustakaan adalah salah satu medium bagi memastikan masyarakat di negara ini menambah ilmu pengetahuan, sekali gus menjadi pemangkin perpaduan.
“Perpustakaan merupakan salah satu pusat pertemuan komuniti setempat. Komitmen untuk menyediakan fasiliti perpustakaan seperti Perpustakaan Desa (PD) di seluruh negara dan menjadikannya sebagai pemangkin perpaduan turut menjadi antara agenda Kementerian Perpaduan Negara,”ujarnya.
Artikel lain: KPN laksana Program Komuniti Rahmah bantu komuniti KRT tangani kos sara hidup
Wujudkan Airport Library dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan
Tambah beliau, KPN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan perpustakaan di lapangan terbang (airport library) bermula tahun ini.
Katanya, perpustakaan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam juga dijadikan sebagai contoh dan penanda aras bagi meningkatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang, Matunggong, Kudat, Sabah, hari ini.
Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang mainkan peranan
Maklumnya, bangunan baharu Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang dengan keluasan 1,000 kaki persegi telah menjadikan penduduk di kawasan Kudat mempunyai kemudahan bahan bacaan, komputer dan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma mulai Februari 2022.
“Sebagai rekod, perpustakaan desa juga berperanan sebagai pusat maklumat berorientasikan sumber teknologi maklumat terkini yang mampu menjadi pemangkin kepada pengetahuan penduduk.
“Di samping itu, ia menjadi nadi tulang belakang kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat melalui bantuan sokongan seperti latihan eUsahawan yang turut diadakan pada hari ini. Program Klik eUsahawan ini akan dilaksanakan di 10 lokasi seluruh negara dengan pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),”katanya lagi.
Dalam masa sama, Aaron juga memaklumkan bahawa pihak kementerian akan mengambil pendekatan untuk ‘Merakyatkan Perpustakaan’ sebagai satu modus operandi baharu bagi meningkatkan peranan perpustakaan dalam membentuk masyarakat Malaysia MADANI.
KPN juga percaya, usaha naik taraf Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang itu dapat memberikan impak positif berterusan kepada masyarakat ke arah meningkatkan kadar literasi maklumat.
Malah, berupaya meningkatkan masyarakat cintakan ilmu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan.
Seramai 500 pengunjung terdiri daripada wakil-wakil agensi KPN di Sabah, kakitangan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar hadir menyertai pelbagai aktiviti di Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang, hari ini.
Antara aktiviti menarik seperti permainan tradisional dan sukan rakyat, aktiviti mengecat semula bangunan Balai Raya Kampung Kumbatang, bengkel eUsahawan, sesi demonstrasi dan pameran serta jualan produk tempatan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source