Khaled Nordin sertai MSC, persidangan keselamatan tertinggi dianjurkan Jerman
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sertai MSC (Munich Security Conference) sempena lawatan kerja ke Republik Persekutuan Jerman pada 15 hingga 18 Februari lalu.
Khaled Nordin sertai MSC
Menerusi satu kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), MSC adalah persidangan keselamatan tertinggi yang dianjurkan oleh negara Jerman sejak 1963.
“Ia melibatkan penyertaan Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera, dan Pemimpin Kerajaan dari rantau Eropah dan seluruh dunia.
“MSC yang menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini telah menjadi platform antarabangsa penting untuk pertukaran pandangan mengenai dasar keselamatan antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.
Khaled Nordin sertai MSC
MINDEF berkata, Mohamed Khaled juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius; Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan Kanada, Bill Blair.
Artikel lain: Malaysia sebagai negara selamat, ini lima fokus utama MINDEF bagi tahun 2024
Mohamed Khaled bersama Boris Pistorius
Mohamed Khaled bersama Ng Eng Hen
Mohamed Khaled bersama Bill Blair
Pertemuan tersebut bagi membincangkan hubungan pertahanan dua hala, isu strategik serantau, kedinamikan aspek pertahanan antara Malaysia serta negara-negara tersebut.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu dan delegasi turut mengadakan lawatan ke pejabat Brainlab AG selain bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall.
“Delegasi Malaysia telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai teknologi dan inovasi terkini syarikat-syarikat berkenaan dalam bidang perubatan dan pertahanan.
“Beliau dan wakil-wakil industri turut membincangkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kerjasama di antara industri Malaysia dan Jerman,” kata MINDEF lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source