Sejukkan Kulit Ketika Cuaca Panas Lit-Lit Dengan ‘FACE MIST’ Timun, Senang Je DIY!
Sejak minggu lalu ramai merungut panas gara-gara fenomena El Nino atau cuaca panas yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.
Cuaca yang sentiasa panas sekarang ini juga boleh buat kulit kita perit. Kalau korang antara yang selalu berada di luar dan terdedah dengan panas matahari disarankan gunakan face mist.
ARTIKEL BERKAITAN : Cuaca Panas Lit-Lit Buat Sakit Kepala? Ini 8 Tip Mudah Hilangkannya
Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.
Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Cara buat face mist dari timun
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Fungsi produk face mist di pasaran
- Untuk membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit.
- Ia juga digunakan sebelum mengenakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
- Jika wajah berjerawat kemerahan atau sensitif face mist berfungsi untuk mengurangkan rasa tidak selesa tadi dengan meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Selain itu, korang jangan lupa minum air kosong dan pakai Sunscreen okay!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Tengku Wdec
BACA LAGI: Cuaca Panas : Lelaki Kreatif Sejukkan Rumah Dengan Sistem Sembur Air Atas Bumbung
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source