Selepas 4 tahun, Ali Puteh sebak akhirnya dapat peluk anak saudara
Pelawak Ali Puteh sebak, akhirnya dia dapat peluk anak saudara, Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun berhadapan dengan konflik.
Ali Puteh sebak, jumpa anak Hamzah
Pada pertemuan petang Selasa itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilihat meminta izin untuk berjumpa dengan anak saudaranya.
Dalam video siaran langsung dikongsikan oleh kakak ipar Ali Puteh iaitu Siti Norhidayah, dia menyatakan kehadirannya datang pada hari tersebut kerana mahu berjumpa Hamzah.
Ali juga berkata, dia tidak kisah seandainya pihak Siti Norhidayah tidak mengizinkan dia melakukan siaran langsung asalkan dia dapat berjumpa dan menatap wajah anak saudaranya.
Adik kepada allahyarham Abam Bocey itu juga dilihat menghulurkan wang saku buat anak saudaranya selain memperkenalkan kanak-kanak itu kepada anak-anaknya.
“Assalamualaikum, salam Pak Ngah Salam ni kakak, ni adik. Ini duit belanja Hamzah.
“Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia. Ini kali pertama.
“Boleh saya cium dia ya? Empat tahun saya tak jumpa dia,”ujar Ali Puteh dalam nada sebak sebelum memeluk Hamzah.
Artikel lain: Dah berjaya kumpul duit, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah ‘settle’ hutang
Datang serahkan wang saman kepada Hidayah
Ali juga bertentangan mata dengan kakak iparnya bagi menyerahkan wang saman berjumlah RM75,000 seperti yang dituntut oleh mahkamah sebelum ini, selain menyelesaikan isu yang timbul antara mereka.
Bagaimanapun, urusan pembayaran wang saman tersebut tidak dapat dilakukan kerana pihak Hidayah mahu ia dilakukan di hadapan peguam.
Tindakan Hidayah sekeluarga itu membuatkan Ali tidak berpuas hati akan sebab dia perlu menyelesaikan pembayaran menerusi peguam, sedangkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu boleh bersuara di media sosial.
“Apa yang nak di-peguam peguam kita kan berkeluarga,”soal Ali sebelum berbual dan berbincang dengan peguam Hidayah.
Peguam mewakili Hidayah meminta Ali untuk mengatu tarikh untuk hadir ke pejabatnya bagi berbincang secara lanjut mengenai pembayaran.
Di akhir bualan, Ali memohon maaf kepada peguam berkenaan sekiranya menimbulkan masalah atau terkasar bahasa sepanjang empat tahun berlangsungnya konflik tersebut.
Untuk rekod, Ali Puteh telah kalah saman fitnah yang dikemukakan bekas kakak iparnya, Hidayah yang difailkan pada Mei 2020.
Susulan daripada, pelawak berkenaan telah berkongsi momen sewaktu berjaya mengumpul RM75,000 hasil jualan barang peribadi termasuk kereta, motosikal serta piala kemenangan dalam program televisyen bagi melunaskan hutang tersebut.
Sumber: Instagram @hidayah_hamzahh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source