Jom buat pahala, membaca sambil beramal di bulan Ramadan @ POPULAR
Sempena kedatangan bulan puasa, banyak cara untuk kumpul pahala! Salah satunya ialah membaca sambil beramal menerusi Kempen Ramadan @ POPULAR 2024.
Ramadan @ POPULAR
Meraikan Ulang Tahun ke-15, Kempen Ramadan @ POPULAR dapat dijayakan dengan baik bersama para pelanggan POPULAR/ HARRIS seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online sehingga 17 Mac 2024.
Pelanggan boleh menikmati rebat sebanyak 10%* bagi buku-buku terpilih seperti al-Quran & terjemahan, buku rujukan agama, buku motivasi & motivasi Islamik, buku bukan fiksyen, buku masakan dan juga komik.
Malah bukan itu saja, pelanggan turut akan menerima sekeping ‘Poster Surah Harian’* sekiranya berbelanja RM50* dan ke atas dalam satu resit.
Lebih istimewa lagi, bagi membantu golongan memerlukan, sebanyak 10%* daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih di seluruh Malaysia.
Artikel lain: POPULAR buat sale ‘kaw-kaw’, penggemar buku jom serbu BookFest sekarang!
Pihak POPULAR juga berbesar hati untuk menerima sumbangan Al-Quran & Terjemahan, buku agama, buku motivasi dan juga buku kanak-kanak untuk diwakafkan kepada badan kebajikan yang terpilih.
24 badan kebajikan yang terpilih, masing – masing telah menerima sumbangan berjumlah RM10,319.84 pada Kempen Ramadan @ POPULAR tahun lalu.
Sehingga kini, sebanyak 241 badan kebajikan telah menerima sumbangan hasil daripada kempen ini. Ternyata, usaha dilakukan POPULAR berjaya menghasilkan impak positif kepada masyarakat sekeliling.
Selain berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan, kempen ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat supaya membaca sambil beramal di bulan yang penuh keberkatan.
Untuk maklumat lanjut dan tawaran menarik, layari laman web www.popular.com.my; atau Facebook rasmi POPULAR Malaysia, atau muat turun aplikasi POPULAR MY.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source