Tanya berapa kali wanita kena ‘angkut’, netizen rimas tonton konten buka aib
Lambakan konten sampah dengan persepsi negatif sememangnya semakin berleluasa di media sosial, Terbaru, tular video konten tanya berapa kali wanita kena angkut dikongsikan di media sosial menjadi perdebatan ramai.
Buat street interview kepada pengunjung kelab malam
Menerusi platform X, satu akaun dikenali sebagai twtbiy telah memuat naik semula konten street interview yang dibuat satu pencipta kandungan yang bertanya soalan rawak kepada individu yang mengunjungi kelab malam.
Tanya berapa kali wanita kena ‘angkut’, pengunjung tak malu mengaku
Dalam temu bual tersebut wanita yang hanya memakai crop top itu memberitahu telah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali balik selepas berhibur di kelab malam.
Dia juga menjelaskan tidak meminati lelaki yang berbaju hitam serta pendek sebagai pasangan.
“Sepanjang you clubbing ni, berapa kali dah you balik dengan lelaki?” soalan
“Serius la, seriusla You nak I jujur ni?”
“Okay two times, I jujur ea” jawapan
Kalau lelaki tu pendek, pakai baju hitam, gemuk, kau balik dengan dia tak? soalan
“Tolak la baju hitam tu. Dia pendek tak kisah, jangan gemuk. Tapi tak boleh macam tu, I tak boleh shaming orang” jawapan.
Tanya berapa kali wanita kena ‘angkut’, dah pergi kelab sejak 18 tahun
Dalam temu bual terbabit juga, wanita tersebut memberitahu yang dirinya baru berusia 23 tahun dan tinggal di sekitar ibu kota dan sudah pergi ke kelab malam sejak berusia 18 tahun lagi.
Dia turut mengiyakan bahawa apa yang diberitahu sebelum ini merupakan pengalaman peribadinya sendiri.
Artikel lain: Wanita baju jaring ‘nasihat’ lelaki supaya ‘dress up’ kalau ke kelab malam
Konten memalukan!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa bengang dengan konten-konten sampah seperti itu serta merasakan ia seperti membuka aib sendiri.
Tontonan sebegitu sememangnya sangat tidak sihat lebih-lebih lagi menampakkan sisi negatif anak-anak muda yang bergelumang dengan maksiat.
Macam tak ada soalan lain
Sekarang dah jadi kebiasaan pula buka aib
Kenapa kena bangga buka aib ek?
Ikut lelaki balik pun bangga
Sumber: X twtbiy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source