Ejen hartanah tak dengki, minta Isa Isarb tunjuk dokumen jual beli rumah RM9.7 juta
Ejen hartanah yang mendakwa pempengaruh yang juga YouTuber, Isa Isarb tidak membeli sebuah rumah bernilai RM9.7 juta membalas kenyataan dengan mengatakan dia tak dengki.
Ejen hartanah tak dengki dengan Isa Isarb
Sebaliknya, ejen hartanah yang dikenali Ishaq Marazi hanya mahu Isa Isarb mengemukakan bukti berbentuk dokumentasi jual beli rumah berkenaan, tidak kiralah jika sewa sekalipun.
Menerusi hantaran dikongsikan di Facebook, Ishaq Marazi berkata dia sudah lama berkecimpung dalam dunia hartanah iaitu sejak tahun 2015 dan pastinya mempunyai pengalaman dalam memastikan perkara tersebut adalah sahih atau sebaliknya.
“Pasal hartanah ni, jangan kencing (tipu) abam (Ishaq Marazi). Itu saja mahu cakap. Cuma baru-baru ini viral pasal pempengaruh (Isa Isarb) kata beli rumah padahal menyewa saja.
“Abam ada tips sebenarnya nak tahu sama ada pempengaruh itu betul-betul beli rumah atau sekadar menyewa.
“Pertama sekali sebelum membeli, mereka akan buat konten pasal survey rumah. Ni mesti, dia akan wajib buat, tak perlu susah-susah fikir nak buat konten apa.
“Sebabnya nak beli rumah juta-juta, tambah-tambah lagi nak beli property RM10 juta,”katanya.
Mesti ada konten proses dari awal pembelian
Ishaq Marazi berkata, mereka yang benar-benar mahu membeli hartanah terutama rumah bernilai RM10 juta pasti akan membuat beberapa tinjauan beberapa buah rumah sebelum membeli dan dijadikan konten.
Katanya lagi, jika benar Isa Isarb atau mana-mana pempengaruh membeli rumah tersebut, pastinya mereka akan buat konten proses pembelian seperti menandatangani surat perjanjian dengan peguam, pinjaman kewangan atau tunjuk duit jika membuat pembelian secara tunai.
Ejen atau peguam mesti buat hantaran, kongsi berita
Tambahnya, jika benar pempengaruh tersebut membeli rumah bernilai RM9.7 juta, sudah tentu ada ejen hartanah atau peguam meluahkan rasa bangga, lebih-lebih lagi anak Melayu berjaya membuat pembelian aset berkenaan.
Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada kenalannya di Facebook berkongsi berita gembira tersebut.
“Facebook abam penuh dengan peguam dan ejen hartanah satu Malaysia. Abam akan tahu benda-benda gempak ini dulu sebelum netizen tahu.
“Budak Melayu beli hartanat RM9.7, memang akan viral dalam group telegram atau WhatsApp. Satu lagi, abam ada buat carian hak milik di pejabat tanah, memang bukan dia pemilik sebenar,”katanya lagi.
Artikel lain: Fitnah! Isa Isarb bersuara, didakwa tipu beli rumah RM9.7 juta
Ejen hartanah tak dengki, minta tunjuk bukti sebelum minta maaf
Dakwanya lagi, jika benar Isa Isarb membuat pembelian pastinya namanya berada dalam rekod CCRIS Bank Negara Malaysia (BNM) sama ada dalam proses atau membuat pinjaman.
Dia juga meminta Isa Isarb untuk mengemukakan dokumen jual beli yang mempunyai setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jika benar Isa Isarb mempunyai dokumen yang diminta, dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan sebelum ini.
“Barang RM10 juta mattt.. mesti, mesti ada dokumen. Masalahnya, bila kita potray berlebihan dengan apa yang kita mampu, nanti budak-budak remaja akan buat comparison dalam hidup dia.
“Padahal benda palsu. Kalau ada yang betul pun, mungkin satu dalam sejuta pempengaruh atau YouTuber,”ujar Ishaq Marazi.
Tegas Ishaq Marazi, hantara sebelum ini bukanlah berbentuk dengki dengan pencapaian pempengaruh tersebut, sebaliknya mahu mengelakkan lebih ramai anak muda buang masa dan lalai dengan pencapaian ‘palsu’.
Sebelum ini, YouTuber Isa Isarb tampil bersuara dan berkata tuduhan yang dilemparkan oleh seorang ejen hartanah mendakwa dia sebenarnya menipu beli sebuah rumah banglo bernilai RM9.7 juta adalah fitnah.
Dia juga menjelaskan situasi sebenar dan status rumah yang dibelinya baru-baru ini dengan mengatakan proses pembayaran masih belum selesai.
Tambah Isa Isarb, ejen hartanah berkenaan seharusnya bertanya kepada ejen hartanah yang menjual rumah dibelinya.
Pun begitu, Isa Isarb hairan dan mempertikaikan tindakan ejen hartanah berkenaan menularkan isu berkenaan di media sosial jika dia menyewa rumah banglo bernilai RM9.7 juta tersebut.
Ini kerana dia bukan duduk secara percuma, sebaliknya perlu membayar sewa bulanan termasuk utiliti lain hampir RM45,000.
Sumber: FB Ishaq Marazi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source