Tiada istilah pilih kasih, Abby Abadi minta netizen tak puas hati pergi berubat
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meminta orang ramai terutama netizen yang tidak berpuas hati dengan masalah keluarganya mendapatkan rawatan kerana dilihat seperti sedang ‘sakit’.
Abby Abadi minta netizen berubat
Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan dilihat seakan menyindir netizen yang tidak senang melihat kemesraan dia sekeluarga terutama bersama anak perempuan sulung, Marissa Dania Hakim, baru-baru ini.
“Ada manusia tidak suka tengok orang berbaik dan bahagia, tetapi tetap mengikuti individu itu dalam Instagram.
“Ada pula yang tidak mengikuti kita pun, tapi bila kita buat sesuatu hantaran, komen macam kenal lama. Ibarat duduk serumah dan serba pandai tentang hidup orang,”katanya.
Usahawan berusia 46 tahun itu berkata, mereka yang tidak berpuas hati melihat keluarganya berbaik perlu mendapatkan rawatan.
Katanya lagi, adalah lebih baik jika mereka mendekatkan diri dengan Tuhan daripada terus menjaga tepi kain orang lain.
“Siapa yang tak puas hati, pergi berubat okey.”
“Siapa yang tidak puas hati tu pergi berubat okey. Nampak macam sakit, minta Allah bantu. Dunia sudah di akhir zaman, jaga diri,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.
Artikel lain: Abby Abadi buka mulut, tak pernah mengiyakan pernikahan anak di Thailand
Dalam hantaran yang sama, Abby yang popular dengan drama bersiri Gerak Khas menzahirkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
Doanya, agar semua kaata-kata dan komen serta yang ditinggalkan di media sosialnya akan dibalas dengan kebaikan.
“Yang baik budi bicara, yang komen baik-baik tinggalkan nasihat yang baik dan mendoakan, saya ucapkan terima kasih.
“Terima kasih banyak okey. Semoga Allah balas dengan syurga tertinggi-Nya,” tulisnya.
Tiada istilah pilih kasih
Sementara itu, Abby juga tampil bersuara mengenai dakwaan ‘pilih kasih’ terhadap anak-anaknya seperti yang dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.
Dalam hantaran dimuat naik, Abby menyoal individu berkenaan mengenai sumber ‘dakwaan’ tersebut kerana dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini.
Jelas Abby Abadi, dia tidak pernah memilih kasih, sebaliknya berlaku adil dan melayani semua anaknya sama rata.
“Anak-anak, semua saya layan sama rata. Tak pernah lebihkan sesiapa pun. Tak pernah berharap apa-apa pun.
“Cuma sentiasa berdoa agar Allah menjaga mereka, satukan hati kami (sekeluarga) di syurga Firdausi,”ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan anak perempuan Abby Abadi dan pelakon Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilihat bersatu seisi keluarga ketika menghadir acara previu bufet Ramadan di sebuah hotel di Selangor pada Khamis.
Dalam video tersebut, turut kelihatan suaminya Muhammad Faizal Zakaria selain ahli keluarga bekas suami Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza dan anak masing-masing.
Malah dalam pertemuan itu, Marissa atau Marissa Dania Hakim dilihat memeluk adik-adiknya seolah-olah bagi melepaskan rindu.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat selepas didakwa mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Tidak lama selepas itu, seorang individu dipercayai kakak ipar kepada Islam memaklumkan bahawa lelaki tersebut sudah menikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Berdasarkan tinjauan, selebriti media sosial berusia 19 tahun itu sudah kembali mengikuti akaun Instagram milik Norman dan Abby selepas didakwa ‘unfollow’ sebelum ini.
Sumber: Instagram @mamayebbyyabadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source