Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibunya, sebab itulah lebih sesuai jika si ibu yang menasihatkan mereka. Perkataan yang keluar dari mulut ibu biasanya lebih lembut tetapi ‘berbisa’ yang mampu memberi kesedaran kepada mereka. Pun begitu, tidak bererti ayah boleh buat tidak tahu. Ambil berat dan cuba usulkan pada isteri apa perangai anak yang perlu ditegur.
Sebagai ibu dan ayah yang baik, seeloknya didiklah anak untuk saling menyayangi antara adik-beradik. Pupuk nilai-nilai murni dan mengutamakan keluarga dalam diri mereka sedari kecil. Bergaduh kecil sesekali itu lumrah, namun sekiranya anda sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
Artikel Menarik: [Dekat Due Date, Checklist Ni Penting Untuk Ibu Bersalin Musim Covid Tanpa Peneman]
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. JAGA ANTARA SATU SAMA LAIN
SENTIASA INGATKAN ANAK-ANAK UNTUK MENJAGA DIRI MEREKA ANTARA SATU SAMA LAIN. YANG LEBIH BERUSIA PERLU TENGOK ADIKNYA YANG LEBIH KECIL. MALAH ANAK YANG LEBIH MUDA PUN BOLEH MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA JUGA.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
Artikel Menarik: [Hulur Buku, Pensel & Kertas, Nak Anak Pandai. Memang Pandai Tapi Akhirnya Ini Yang Jadi]
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama.
SAMBIL MEREKA MENGEMAS, JANGAN LUPA SELITKAN KATA-KATA PUJIAN KEPADA MEREKA. PASTIKAN MEREKA BANGGA DAPAT BERBUAT BAIK SESAMA SENDIRI.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari mengajak anda semua mendaftar sebagai peserta webinar PERCUMA yang menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Jom jadi peserta terawal!
✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex
Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source