Umum elaun lokum dah lapuk! Pegawai perubatan minta Dr Dzulkefly kaji semula elaun ‘on-call’
Ramai dalam kalangan pegawai perubatan mendakwa elaun lokum pada kadar RM80 sejam yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad hari ini dah lapuk.
Elaun lokum pegawai kesihatan RM80 sejam dah lapuk!
Ia jelas dapat dilihat menerusi ruangan komen pada hantaran dimuat naik Dr Dzulkefly dengan meluahkan rasa tidak puas hati, selain mendakwa elaun lokum yang dinyatakan sudah lama diperkenalkan.
Dakwa salah seorang pengguna Facebook dipercayai pegawai perubatan dikenali Rafiuddin Hamizan, elaun lokum tersebut sudah lama dilaksanakan dan diminta agar tidak menyebarkan berita untuk menyejukkan hati rakyat mengenai sistem kesihatan.
Bukan Rafiuddin sahaja, malah beberapa pengguna lagi turut berpendapat pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (lokum) sudah lama boleh menuntut elaun berkenaan.
Artikel lain: KSM sasar tiga fokus utama baik pulih institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia
Minta kaji semula, pertimbang elaun ‘on-call’ pegawai perubatan
Dalam masa sama, mereka juga berharap agar Menteri Kesihatan itu mengkaji dan mempertimbangkan semula elaun tugas atas panggilan (on-call) pegawai perubatan.
Dakwa mereka, elaun on-call yang diterima masih lagi berada pada kadar yang sama dan tiada peningkatan iaitu RM9 sejam.
“Elaun on-call di hospital sudah lama tidak disemak iaitu lebih 10 tahun. Kadar sekarang iaitu RM12.60 sejam bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM9.10 sejam bagi hujung minggu atau cuti umum,” luahnya lagi.
Elaun lokum berkuat kuasa serta-merta
Terdahulu, Dzulkefli memaklumkan pegawai perubatan yang diarahkan bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan boleh menuntut elaun tersebut pada kadar RM80 sejam.
Maklumnya lagi, tuntutan elaun tersebut berkuat kuasa serta-merta dan ia sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan selama ini.
“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya selepas majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber Foto: Bernama
Menurut kenyataan, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut elaun lokum.
Manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Sumber: Facebook Dr Dzulkefly Ahmad, Bernama, BH Online (Qistina Sallehuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source