Tak jauh daripada lokasi KLAB yang berada di Pasar Seni, ada sebuah lokasi bersejarah yang satu ketika dahulu pernah mengumpulkan lebih 100,000 orang peminat Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Inilah dia, Konsert Jalanan Chow Kit Road!
Takde lagi artis yang mampu menandingi kehebatan aura Allahyarham Sudirman Haji Arshad. 100,000 penonton dalam satu masa, Coldplay pun tak mampu buat.
Mungkin lebih 100,000. 100,000 ni hanyalah anggaran dan congakan kasar sedangkan penonton-penonton ketika itu membanjiri Kuala Lumpur, terbentang dari hujung Chow Kit sehingga Pertama Complex. Malah berduyun-duyun lagi yang berada di sekitar Pustaka Antara ke Maju Junction. Bahkan ada yang panjat pokok dan bangunan untuk menyaksikan persembahan yang akan terpahat dalam sejarah Malaysia ni.
Dah la dibuat secara percuma di tengah-tengah bandar KL, anak seni dari Temerloh ni sememangnya mahu memberikan peluang kepada semua peminatnya. Tak semua mampu membeli tiket konsertnya secara eksklusif di hotel mahupun di dewan konsert.
Tak ramai yang tahu, Konsert Chow Kit Road diadakan sempena Persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 hingga 16 April 1986.
Dengan gelaran sebagai Duta PATA, Sudirman selitkan lagu Kenali Malaysia, Cintai Malaysia dalam konsert ni yang menjadi sinonim dengan semangat promosi dan kesedaran akan keindahan Malaysia.
Isnin, 14 April 1986. Semua orang tahu Isnin tu hari bekerja. Tapi Jalan Chow Kit tetap dibanjiri peminat tak kira bangsa dan agama untuk melihat atau sekurang-kurangnya mendengar nyanyian ikon seni negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Sebelum jam 8 malam, polis dah tutup jalan untuk persiapan konsert ni. Pasukan Sudirman hanya ada enam jam untuk mengatur segala-galanya seperti pentas untuk konsert pada malam tersebut.
Pukul 9 malam, Sudirman mendarat di atas pentas dengan bantuan lift bomba dan memulakan persembahan dengan lagu “Chow Kit Road”.
Sorakan peminat menggegarkan bandar Kuala Lumpur. Meskipun kru muzik menghadapi masalah dengan bunyi peralatan yang ditelan sorakan, penonton-penonton masih berseronok sepanjang persembahan.
Persembahan meliputi lagu-lagu popular Sudirman seperti “Apa Khabar Orang Kampung” dan “Kenali Malaysia Cintai Malaysia” yang disambut sorakan peminat.
Sudirman dihormati kerana menjadi simbol perpaduan, siap menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, Cina dan India dalam konsertnya.
Beliau merentasi sempadan budaya dan bahasa untuk menghibur semua lapisan masyarakat. Keunikan Sudirman sebagai ikon seni negara tak dapat disangkal, dialah penghibur yang menyatukan semua orang dengan bakatnya yang luar biasa.
Sebelum mengakhiri dengan lagu “Pertemuan Abadi”, Sudirman membalut dirinya dengan Jalur Gemilang, menghadirkan penampilan patriotik yang memukau.
Konsert tersebut telah berjaya menempa nama Sudirman dalam Malaysia Book Of Records. Menurut bekas pengurus beliau, Daniel Dharanee, Sudirman salurkan kira-kira 90% daripada kos konsert dari poketnya sendiri!
Baki kos ditampung dengan bantuan dua penaja, Singer Malaysia dan McDonald’s dimana kos keseluruhannya menjangkau RM500,000 bagi mengadakan konsert seperti ni hari ini.
Semalam, tarikh 22 Februari pada 32 tahun yang lalu menjadi tarikh berakhirnya hayat sang lagenda ikon seni negara ini. Sehingga kini, kita masih mendengar suara beliau di corong-corong radio. Sukar untuk kita temui pengganti bagi seorang penghibur mirip Allahyarham. Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Oleh: Azizul Farhan
___
Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa, kepuasan dijamin 100% buatan Malaysia! Mari rapat-rapat KLAB dah berlangsung harini!
Buku lelong RM10 dan potongan harga RM5 bakal menanti anda di KLAB di Pasar Seni hari ini sehingga Ahad 25 Februari. Stok terhad, baik datang cepat!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source