Asal Usul Yahudi di Madinah
Selepas kira-kira 37 tahun Nabi Isa diangkat ke langit, berlaku sebuah malapetaka di Baitulmuqaddis. Empayar Rom di bawah pemerintahan Maharaja Vespasian telah melancarkan serangan ke atas kerajaan Bani Israil.
Penjarahan itu diketuai oleh Jeneral Titus Flavius. Mereka memusnahkan Haikal Sulaiman yang dibina semula oleh Raja Herod yang Agung.
Pencerobohan pada tahun ke-70 Masihi itu mengorbankan lebih sejuta nyawa Yahudi. Simon Bar Giora yang menjadi pemimpin Yahudi telah digiring ke ibu kota Roma dan dihukum mati. Seorang lagi pemimpin Yahudi, John dari Gischala dihukum penjara seumur hidup.
Semua rakyat Bani Israil yang berumur di bawah 17 tahun pula dijual ke pasar hamba dengan harga yang murah. Pemuda-pemuda Yahudi yang gagah dihantar ke kem-kem Rom atau Koloseum untuk menjadi Gladiator.
Jeneral Titus Flavius mengarahkan keseluruhan tembok dan menara Masjid Agung Sulaiman dimusnahkan kecuali tiga menara yang paling tinggi. Sebahagian kecil tembok di bahagian barat telah dibiarkan dan kaum Yahudi memanggilnya tembok ratapan. Manakala, emas-emas dan barangan berharga yang disimpan dalam Haikal Sulaiman semuanya dirampas oleh Empayar Rom.
Pada 132 Masihi, bangsa Yahudi memberontak buat kali ketiga bagi memerangi Empayar Rom. Puncanya disebabkan Maharaja Hadrian ingin membina Kuil Berhala Jupiter di atas tapak runtuhan Haikal Sulaiman. Pemberontakan Yahudi ini diketuai oleh Simon Bar Kokhba dengan jumlah tentera bantuan dari seluruh dunia yang mencecah 580,000 orang.
Namun, empat tahun kemudian, Kerajaan Yahudi mengalami kekalahan teruk apabila semua kubu pertahanan mereka ditawan oleh tentera-tentera Rom pimpinan Jeneral Julius Severus. Dalam kekalutan itu, makam Nabi Sulaiman turut musnah terbakar.
Ramai ulama-ulama Yahudi yang terbunuh semasa berlindung di kubu Bethar. Simon Bar Kokhba juga terbunuh dan kepalanya dipersembahkan kepada Maharaja Hadrian.
Sejak daripada itu, Empayar Rom mengharamkan hukum-hakam Nabi Musa dan kitab Taurat daripada diamalkan. Kalendar Ibrani tidak lagi digunakan dan ramai pendeta Yahudi dibunuh. Kitab-kitab agama Yahudi banyak yang dibakar di Kuil Berhala Jupiter.
Maharaja Hadrian juga menukarkan nama negara Yahudi daripada Judaea atau Israel kepada Syria Palaestina. Baitulmuqaddis atau Jerusalem pula ditukar kepada Aelia Capitolina.
Bangsa Yahudi diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Baitulmuqaddis kecuali pada Hari Peringatan Tisha b’Av. Oleh kerana bangsa Yahudi sudah kehilangan tanah air, maka mereka menjadi pelarian dan hidup dalam buangan di negara orang.
Beberapa abad kemudian, ramai pelarian Yahudi yang datang ke Tanah Arab. Mereka memilih untuk tinggal di Yathrib kerana pernah mendengar ramalan tentang seorang Nabi akhir zaman yang akan muncul di tempat tersebut. Selepas menetap sekian lama, bangsa Yahudi menjadi kaya-raya.
Di antara puak Yahudi yang tinggal di sekitar Yathrib adalah Bani Quraizah dengan perusahaan arak, Bani Qainuqa’ dengan pertukangan besi dan Bani Nadhir dengan kebun-kebun kurma. Namun, ketiga-tiga puak Yahudi yang terkemuka ini saling bermusuhan sesama sendiri.
Bangsa Arab yang tinggal di Yathrib iaitu puak Aus dan puak Khazraj telah menjadikan puak Yahudi tersebut sebagai sekutu mereka. Bani Quraizah bersekutu dengan puak Aus, sementara Bani Nadir bersekutu dengan puak Khazraj. Mereka saling berbunuh-bunuhan dalam banyak peperangan seperti pertempuran Bu’ats.
Jikalau bangsa Yahudi kalah dalam peperangan dengan bangsa Arab, maka mereka akan mengucapkan, “Seorang Nabi kini semakin hampir diutuskan. Kami akan mengikutinya dan kami akan membunuh kalian sepertimana kaum ‘Ad dan Iram!”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kuala Lumpur Alternative Bookfest akan berlangsung pada 22 Feb hingga 25 Feb, dan pastinya kami, The Patriots akan berada di KLAB dengan buku-buku baharu khas buat anda semua!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source