Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI telah berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Pelbagai reurai dari kementerian-kementerian telah dibuka bagi membolehkan orang ramai untuk sama-sama melihat hasil daripada gerak kerja sepanjang setahun kerajaan MADANI mentadbir.
Salah satu kementerian yang menyajikan pelbagai tawaran menarik terutamanya buat para pengunjung adalah Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana terdapat beberapa lagi jabatan dan agensi dibawahnya.
KSM bawakan tema Latihan dan TVET di Program MADANI Rakyat
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, dengan tema Latihan dan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, KSM membawa jabatan dan agensi seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) buat para pengunjung.
“KSM berasa amat gembira kerana berpeluang untuk menyertai program MADANI Rakyat yang diadakan di Kuala Selangor ini.
“Jadi kita go out dengan jabatan-jabatan dan agensi di bawah kementerian untuk turun. Tema kita ialah Latihan & TVET.
“Jadi untuk makluman, kita ada booth PERKESO, JTM, JPK dan sebagainya dimana ada juga institut Latihan Perusahaan untuk menarik minat lebih ramai pengunjung mendaftar.
“Kita ada booth untuk pendaftaran, PTPK untuk pinjaman bagi latihan-latihan dan sebagainya.” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
@ohmymedia.cc “Latihan & TVET” -Tema Kementerian Sumber Manusia (KSM) di Program MADANI Rakyat Zon Tengah #kementeriansumbermanusia #ommbest #ohmymedia
Sediakan 5,000 peluang kerjaya kepada pengunjung
Dalam pada itu, Steven Sim memaklumkan sebanyak 20 buah syarikat majikan dengan 5,000 peluang kerjaya menerusi MyFutureJob dibawah PERKESO mencari dan menawarkan pekerjaan kepada para pengujung.
“Menariknya, kita juga membawa peluang pekerjaan di bawah MyFutureJob, kita ada membawa 20 buah syarikat majikan untuk mencari atau menawarkan peluang-peluang pekerjaan.
“Pada dua hari ini, kita menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada para pengunjung,” ujarnya.
Kerah semua jabatan & agensi bagi perkasa kemahiran
Ditanya mengenai perancangan untuk zon seterusnya, beliau berkata mereka akan meneruskan semua fokus utama dengan mengerahkan lapan jabatan dan lima agensi di bawah KSM untuk memperkasakan lagi kemahiran terutamanya kepada golongan muda serta pekerja.
“Kita akan terus mengerahkan lapan jabatan dan lima agensi di bawah KSM dan sememangnya TVET akan menjadi fokus utama.
“Bagi kami, apabila kita memperkasakan atau mempertingkatkan kemahiran anak muda dan para pekerja kita, produktiviti akan meningkat.
“Jadi dengan itu, mereka juga akan mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.
“TVET dan Latihan menjadi fokus utama kita tetapi selain daripada itu, kita juga ada jabatan-jabatan lain seperti JTM dimana kita akan memberikan khidmat nasihat kepada bukan sahaja pekerja tetapi majikan juga berkaitan isu-isu pekerjaan, Jabatan Perhubungan Perusahaan berkaitan isu-isu keharmonian antara majikan dan juga pekerja.
“Jadi, ada khidmat nasihat, ada isu-isu hak pekerja, ada isu majikan, isu-isu latihan, keselamatan sosial, dan banyak lagi.” jelasnya lagi.
Pelbagai aktiviti menarik disajikan di reruai KSM
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Koporat KSM, Nik Muhamad Iqbal Ahmad Mokhjamil berkata, banyak aktiviti dapat dilakukan di reruai KSM terutamanya di bawah TVET.
Dapat pengalaman terbangkan sendiri dron!
Salah satunya, pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menerbangkan dron di litar yang disediakan di bawah reruai berkenaan.
Mereka juga mempamerkan robot education dan membolehkan orang ramai mencuba menggerakkannya di sana.
Kaunter PTPK juga dibuka
Paling utama, KSM turut membuka kaunter bagi menawarkan pinjaman buat mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi TVET melalui PTPK.
Selain memberi pinjaman, kaunter yang disediakan turut menerima bayaran balik buat mereka yang sudah selesai melanjutkan pelajaran dan ingin mengembalikan pinjaman PTPK tersebut.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir pada hari terakhir bagi merasmikan majlis penutup Program MADANI Rakyat di zon berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source