Pada masa kini, perkataan ‘tular’ seakan sudah menjadi satu perkara harian yang sentiasa disuap kepada kita menerusi laman sosial media. Setiap hari ada sahaja kisah yang sama ada positif atau negatif menjadi tumpuan ramai. Pelbagai isu yang kadangkala penting dan kadangkala juga remeh menjadi bualan ramai dek kerana tular.
Segenap generasi masyarakat tidak terlepas dari perkara tular. Sama ada tua atau muda masing-masing mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu yang diperkatakan dalam lingkungan kelompok masing-masing.
Begitu juga dengan golongan guru dan pelajar. Mereka merupakan antara kumpulan yang sentiasa menggunakan akses Internet secara harian bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga di rumah. Malah, pelbagai sistem secara online telah diperkenalkan bagi memudahkan guru dan pelajar.
Dua hari lepas, isu tentang penggunaa telefon pintar di kalangan guru di sekolah telah diperkatakan dengan hangat. Mungkin ia berpunca daripada sebuah video yang tular baru-baru ini di mana seorang guru telah ‘naik angin’ ketika mesyuarat dan ia dirakam dan disebarkan dengan tidak bertanggungjawab.
Dan isu ini juga mungkin menjadi semakin hangat selepas berlakunya tragedi seorang pelajar yang meninggal dunia akibat cubaan membunuh diri selepas dia dituduh mecuri telefon pintar gurunya. Kedua-dua kejadian ini mendapat perhatian meluas dan tular di kalangan pengguna laman media sosial.
Jelas Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P.Kamalanatahan menerusi laman Facebooknya, kementeriannya sedar persekitaran hari ini yang sentiasaan memerlulan pengintegrasian dengan menghubungkan teknologi sedia, ada. “Guru sememangnya dibenarkan membawa telefon pintar mereka ke dalam kawasan sekolah tetapi penggunaan atas urusan peribadi adalah tidak patut dan tidak boleh menggangu proses pengajaran”.
Bagaimana pula kesannya kepada pelajar? Buat masa sekarang apa yang Remaja ketahui pelajar memang tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah. Ramai sedia maklum pelajar sekolah menengah terutamanya rata-rata memiliki telefon pintar sendiri. Ia bukan lagi satu perkara menghairankan apatah lagi dengan pelbagai jenis telefon pintar mampu milik dan pelan data dari syarikat telekomunikasi yang agak murah.
Patutkah pelajar dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah? Adakah ia lebih banyak memberi kesan baik atau buruk kepada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri?
Kebaikan
– ibu bapa boleh sentiasa berhubung dengan pelajar dan mengetahui di manakah mereka berada dengan menggunakan pelbagai jenis apps pengesan GPS
– amat berguna bila berlakunya kecemasan tidak kiralah yang berlaku di dalam atau di luar sekolah ketika perjalanan pergi atau pulang
– jika pelajar dalam bahaya mereka boleh menggunakan telefon pintar untuk menghubungi ibu bapa mereka atau pihak berkuasa. Atau untuk kes kecemasan yang berlaku pada mereka atau rakan-rakan boleh hubungi pihak medik dengan pantas
– pelajar boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain dengan lebih cepat terutama melibatkan perkongsian maklumat berkaitan pelajaran
– mengajar pelajar agar lebih cerdas dan celik IT agar serta sentiasa up to date dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat
Keburukan
– sudah jadi lumrah pelajar yang masih remaja mereka akan jadi mudah leka dengan teknologi. Jadi gangguan seperti bunyi telefon berdering dari panggilan, mesej dan notifications boleh menggangu tumpuan mereka dan orang lain
– walaupun telefon pintar sudah set dengan mode silent, ia masih boleh beri gangguan terutamanya jika ia berada di tangan mereka
– penggunaan telefon pintar di sekolah di kalangan pelajar juga boleh mengundang perkongsian perkara-perkara negatif antara mereka. Contoh; gosip liar, foto dan video lucah
– ia juga boleh menjadi alat untuk menyebarkan maklumat tidak tepat di kalangan pelajar yang mungkin boleh membawa keburukan kepada mereka dan sekolah
– salah satu perkara yang semakin serius berlaku di kalangan remaja ialah cyber bullying. Ini bukan sahaja memberi kesan psikologi tidak baik kepada mangsa tetapi boleh mewujudkan generasi yang tidak ada rasa empati dan tidak berperi kemanusiaan.
– telefon pintar juga boleh menjadi alat untuk pelajar menipu ketika mengambil ujian atau peperiksaan
Pendapat penulis, penggunaan telefon pintar di kalangan pelajar sangat penting untuk mereka lebih berdaya saing, kreatif dan memupuk jiwa inovasi. Namun, penggunaannya di sekolah tidak patut dibenarkan. Ia sebenarnya mengundang lebih banyak keburukan berbanding keburukan.
Apalah sangat tempoh selama setengah hari di sekolah tanpa menggunakan telefon pintar. Dan mungkin penggunaan harian mereka di rumah dan di waktu lapang harus diberi perhatian.
Ibu bapa, keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memantau penggunaan telefon pintar di kalangan remaja. Dan kamu semua sebagai remaja, be smart. Don’t let smartphone dictate your life entirely.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source